Cari:
Opera Tempatan Provinsi Hebei: Tangju atau Yingdiaoju
2010-07-27 11:38:56 CRI Cetak

Opera Tangju, yang juga dikenali sebagai Yingdiaoju ini, ialah sejenis opera tempatan yang terbentuk di bandar Tangshan, provinsi Hebei pada tahun 1960-an, berdasarkan seni wayang kulit. Dengan nada suara penyinyinya yang unik dan merdu, serta menyerapnya unsur gaya persembahan opera Peking, opera Pingju dan opera Bangzi dari Provinsi Hebei, ia menjadi sejenis opera tempatan yang sangat istimewa.

Watak utama dalam opera ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu Dan dan Sheng. Alat muzik utama yang mengiringinya ialah Sihu atau "Hu yang bertali empat". Bunyi yang dihasilkan oleh Sihu ini amat merdu. Ia sesuai dimainkan untuk meluahkan perasaan. Manakala, alat gendang yang digunakan dalam opera ini pula hampir sama dengan gendang yang digunakan dalam opera Peking. Cuma sebahagian rentak bunyi gongnya masih mengekalkan tradisi persembahan wayang kulit.

1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China