Cari:
Yang Jian, Pengasas Zaman Keemasan Dinasti Sui dan Tang
2010-07-22 14:47:59 CRI Cetak

Yang Jian merupakan pegawai kanan kerajaan Zhou Utara. Pada tahun 579 Masehi, apabila Maharaja Xuan mangkat, Maharaja Jing pun menaiki takhta. Sebagai bapa mentua kepada maharaja yang baru itu, Yang Jian telah memerintah kerajaan tersebut. Hinggalah pada bulan Februari tahun 581 Masehi, Yang Jian memaksa baginda turun takhta dan beliau sendiri naik takhta menjadi Maharaja Wen Dinasti Sui.

Yang Jian membaharui sistem pentadbiran dalam di kerajaan pusat, menubuhkan tiga jabatan yang bertanggungjawab untuk menetapkan dasar, membahaskan dasar dan melaksanakan dasar. Kerajaan pusat juga memeriksa hasil pentadbiran para pegawai tempatan setiap tahun. Pegawai-pegawai yang bertugas di pelbagai tempat itu dipilih dari tempat yang lain untuk mencegah bangsawan tempatan daripada mempengaruhi pentadbiran dan bertindak sewenang-wenang. Baginda juga beberapa kali mengarahkan supaya mencari orang yang berbakat dari seluruh negara, melantik tokoh-tokoh yang bukan dari keluarga bangsawan, tetapi benar-benar berbakat sebagai pegawai kanan; menyempurnakan sistem undang-undang; mengurangkan cukai petani, melaksanakan bancian penduduk di seluruh negara; memberikan keutamaan kepada pembangunan infrastruktur dan memperkukuh pertahanan di sempadan.

Dengan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Yang Jian itu, kedudukan Dinasti Sui menjadi semakin kuat. Pada tahun 589 Masehi, Yang Jian menumpaskan kerajaan Chen dan dengan itu, berjaya menamatkan zaman perpecahan China yang berlangsung selama kira-kira 300 tahun itu dan menyatukan negara.

Pada penghujung pentadbiran Yang Jian, masyarakat Dinasti Sui agak makmur dan kaya, tenteranya cukup kuat dan mewujudkan sebuah zaman keemasan dalam sejarah China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China