Orang etnik Dai sangat pandai menganyam bilah buluh. Jika kita masuk ke rumah orang Dai, kita akan masuk ke dunia yang dianyam dengan bilah buluh. Dinding rumah daripada bilah buluh, tikar, kerusi, topi dan hampir semua barang kegunaan sehari-hari mereka dibuat daripada bilah buluh yang dianyam.
Kraf tangan yang dibuat daripada bilah buluh yang dianyam oleh orang Dai pula biasanya dilukis dengan corak yang mempunyai ciri tempatan yang istimewa dan sangat cantik lagi berguna.