Cari:
Maharaja Yang Dinasti Sui, Maharaja Yang Paling Boros dalam Sejarah China
2010-07-31 15:21:50 CRI Cetak

Yang Guang, atau Maharaja Yang dalam era Dinasti Sui ialah anak lelaki kedua Maharaja Wen. Bakatnya dalam bidang ketenteraan dan kesusasteraan jauh lebih besar berbanding dengan Yang Yong, abangnya yang juga Putera Mahkota. Pada tahun 600 Masehi, Yang Guang telah menewaskan tentera Turk yang mencerobohi wilayah pemerintahan Dinasti Sui dan berjaya membunuh beberapa ribu musuh. Dengan sumbangannya yang semakin besar itu, Yang Guang merancang untuk mengambil alih kedudukan abangnya sebagai Putera Mahkota.

Yang Guang berusaha bersungguh-sungguh menggembirakan ibu bapanya di samping terus menganiayai abang dan adik lelakinya sehingga mereka dihukum hidup seperti orang biasa. Kemudian, Yang Guang membunuh ibu dan abangnya dan menaiki takhta menjadi Maharaja Yang.

Sebaik sahaja menaiki takhta, Yang Guang segera memperlihatkan sifat borosnya. Untuk membina bandar Luoyang sebagai ibu negara timur, beliau memaksa 2 juta orang petani menjadi hamba untuk mengangkut pelbagai batu yang pelik dan aneh dari seluruh negara ke bandar tersebut. Ramai petani yang tersiksa kepenatan hingga mati dalam perjalanan.

Baginda juga mengarahkan supaya menggali sebatang terusan yang panjangnya lebih 2000 kilometeri untuk memudahkan baginda melancong ke bahagian selatan dengan menaiki kapal yang besar-besar. Menurut sejarahnya, disebabkan satu sektor sungai itu didapati terlalu cetek, lebih 50 ribu pegawai dan petani telah dikebumikan hidup-hidup di tebing sungai tiu.

Untuk melancong ke bahagian utara pula, baginda telah menghambakan lagi petani dari beberapa belas buah bandar untuk menggali gunung Taihang dan membina jalan raya. Baginda juga mengarahkan lebih 1 juta petani untuk membina tembok besar dalam tempoh 20 hari sahaja supaya menjamin keselamatan baginda dalam pelancongan itu. Pada masa yang sama, disebabkan di bahagian utara tiada istana yang cukup mewah, baginda telah mengarahkan tukang bina supaya membina sebuah istana yang boleh bergerak dengan dipasang roda. Istana ini dapat memuatkan ratusan orang sekaligus.

Baginda juga telah menyerang Korea sebanyak tiga kali, tetapi gagal mencapai sebarang kemenangan.

Pemerintahan Maharaja Yang yang kejam itu telah mengakibatkan kehidupan rakyat menjadi amat menderita dan sengsara. Rakyat kekurangan makanan, dan hanya dapat makan akar rumput atau kulit kayu, bahkan ada yang terpakasa makan daging manusia. Akhirnya, pada tahun 611 Masehi, pemberontakan yang cukup besar meletup. Pada tahun 618, Maharaja Yang telah dikepung oleh tentera pemberontak di bandar Jiangdu dan baginda dibunuh oleh pasukan tenteranya yang juga telah turut menentangnya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China