Kompleks bangunan bersejarah "Di Antara Langit dan Bumi" (Among The World) dari bandar Dengfeng, provinsi Henan telah disenaraikan dalam Senarai Warisan Dunia pada Konvensyen Warisan Dunia ke-34 yang diadakan di Brasilia, Brazil pada 31 Julai tahun 2010.
Dengan menggabungkan ilmu falak tradisional China dengan kuasa maharaja, kompleks bangunan ini memperlihatkan fahaman orang China terhadap kosmos pada zaman purbakala. Ia membawa pengaruh yang amat besar terhadap aspek seni bina, agama dan sains di China pada zaman purbakala.
Kompleks Bangunan Bersejarah "Di Antara Langit dan Bumi"