Opera Beilubangzi (Bangzi yang bergaya utara), atau juga dikenali sebagai Opera Yanju ini, merupakan salah satu daripada empat jenis opera Bangzi yang paling cemerlang dari provinsi Shanxi. Ia sangat popular di bahagian tengah dan utara provinsi Shanxi, bahagian tengah Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, bahagian barat laut provinsi Hebei dan bahagian utara provinsi Shaanxi.
Opera yang terbentuk berasaskan Bangzi dari kaunti Puzhou dan kaunti Tongzhou ini, sudah mempunyai sejarah lebih daripada 300 tahun. Ia menjadi sejenis opera yang sangat berpengaruh di bahagian utara China.
Dengan nada suara penyanyinya yang tinggi dan lantang, opera ini menampilkan gaya persembahan yang penuh dengan keistimewaan di bahagian utara China.
Opera ini kebanyakannya berlatarbelakangkan cerita sejarah. Ia jarang membawa cerita yang berkaitan dengan kehidupan rakyat semasa.