Opera Puju, yang juga dikenali sebagai "Bangzi dari Kaunti Puzhou", atau dengan nama umumnya Luantan ("memetik rambang" atau "random pluck") ini, mendapat nama sedemikian kerana ia berasal dari kaunti Puzhou (bandar Yongji pada masa ini) di bahagian selatan provinsi Shanxi China. Ia dikatakan terbentuk pada zaman pemerintahan Maharaja Jiajing dalam era Dinasti Ming (tahun 1522-1566).
Opera ini merupakan jenis opera Bangzi yang tertua antara empat jenis opera Bangzi yang paling cemerlang dari provinsi Shanxi. Dengan nada suara penyanyinya yang tinggi, lantang dan sederhana, opera ini lebih sesuai untuk mempersembahkan cerita sejarah tentang pahlawan-pahlawan yang penuh dengan semangat dan keberanian. Ia juga sesuai untuk menggambarkan sifat wataknya, serta meluahkan perasaan mereka.
Salah satu keistimewaan opera ini ialah, watak-wataknya semua pandai membuat lagak ngeri.