Cari:
Lagu Rakyat Nyanyian Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Filharmonik Qingdao
2010-08-17 11:54:14 CRI Cetak

Dalam rancangan kali ini, saya akan memperkenalkan lagu rakyat yang dinyanyikan oleh Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Fiharmonik Qingdao.

Lagu yang saudara dengar ini ialah lagu yang berjudul "Lagu Gembala" yang dinyanyikan oleh kumpulan paduan suara kanak-kanak tersebut. Lagu ini lagu rakyat etnik Mongol, iramanya perlahan dan rentaknya bebas. Lagu ini menceritakan pemandangan padang rumput yang indah dan luas terbentang serta menggambarkan rasa cinta penggembala terhadap kampung halaman mereka. Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Fiharmonik Qingdao mempersembahkan lagu ini mengikut gaya dan keistimewaan lagu etnik Mongol. Sekarang silalah nikmati lagu "Lagu Gembala" seluruhnya.

Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Fiharmonik Qingdao ini ditubuhkan pada tahun 1994 atas anjuran konduktor, Gu Guangjun. Jumlah anggota kumpulan paduan suara yang mencecah 80 orang ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di bandar Qingdao. Selepas melalui latihan dalam tempoh setahun, Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Fiharmonik Qingdao ini telah berjaya mengadakan konsert pertamanya pada tahun 1995. Selepas itu, mereka menjalinkan hubungan "adik-beradik" dengan Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Encik Yip Hong Kong dan pergi ke Hong Kong untuk mengadakan persembahan di sana dengan jayanya. Persembahan mereka mendapat sambutan baik daripada para penonton dan juga pakar muzik. Selain itu, kumpulan paduan suara ini juga giat menyertai pelbagai aktiviti hingga menjadi kumpulan kesenian kanak-kanak yang dikenali ramai di bandar Qingdao.

Saudara pendengar, sekarang saya akan menyiarkan lagu rakyat Guizhou yang berjudul "Memuja dan Memuji Matahari". Dengan suara kanak-kanak yang lantang, mereka telah menyampaikan rasa cinta terhadap kehidupan dan harapan terhadap masa depan. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Matahari merah, matahari terang. Cahayanya menyinari merata-rata tempat. Ia menyinarimu dan juga aku. Kita kesekolah dengan gembira. Disinari cahaya matahari, amat menyeronokkan. Bumi umpama bertukar wajah yang baru. Kampung halaman yang disayangi, kampung halaman baik sekali. Gunung dan sungai menghubungkan pelbagai tempat. Kanak-kanak yang hidup di kampung etnik Miao, menyanyikan lagu "Memuja dan Memuji Matahari."

Suara dan vokal kanak-kanak Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Fiharmonik Qingdao ini terang dan lantang. Nyanyian mereka jelas dan harmoni.

Akhir sekali, saya akan menyiarkan lagu rakyat Shandong "Baolengdiao" yang dipersembahkan oleh Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Fiharmonik Qingdao ini. Ini merupakan karya yang dianggap mewakili lagu rakyat Shandong. Persembahan kanak-kanak dalam lagu ini amat berbeza dengan persembahan orang dewasa. Silalah nikmati lagu ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China