Lukisan besi ialah kraf tangan yang sangat istimewa dari Wuhu, provinsi Anhui. Seni ini menggunakan kepingan besi dan dawai untuk membuat lukisan dengan cara menempa dan mengimpalnya. Lukisan besi ini dihasilkan dengan menggunakan teknik seni guntingan China, teknik ukiran dan teknik kraf tangan tradisi China yang lain. Gayanya seperti lukisan tradisi China yang banyak menggunakan kontras antara warna putih dengan warna hitam.
Lukisan besi berasal dari zaman Dinasti Song (960-1279 M). Hingga ke zaman Maharaja Kangxi dalam era Dinasti Qing(1662-1722), seni lukisan dari Wuhu, Anhui ini telah membentuk gayanya sendiri dan menjadi popular baik di dalam mahu pun di luar negara.