Cari:
Xunzi, Ahli Fikir yang Cemerlang di China pada Zaman Purba (7)
2010-09-08 20:02:52 CRI Cetak
Ketika menegaskan "kesantunan" anjuran Konfusius dalam menyebarkan pemikirannya dalam bidang politik, Xunzi sudah pun menunjukkan kecenderungan yang membawa ajarannya beralih ke ajaran "Fa", sejenis ajaran yang baru. Han Feizi dan Li Si, kedua-dua pengasas ajaran "Fa" yang hidup pada zaman berikutnya, sebenarnya adalah pelajar kepada Xunzi. Fakta itu tidak berlaku secara kebetulan.

Kerana hidup pada akhir Zaman Negeri-negeri Berperang yang sudah menyaksikan munculnya pelbagai aliran ajaran, Xunzi berpeluang belajar daripada mereka yang menganjurkan ajaran yang berbeza-beza. Beliau bukan sahaja dapat menimba keunggulan daripada pemikiran yang beraneka macam, tetapi juga dapat membandingkan mereka dan mengkritik mana yang dilihatnya kurang baik. Dengan demikian, Xunzi berjaya mengembangkan pemikiran tersendiri yang amat luas. Boleh dikatakan bahawa beliau mencapai kejayaan yang agak besar dalam pelbagai aspek seperti teori cakerawala, teori kemanusiaan, teori etika, teori pengetahuan, pandangan pendidikan, kesusasteraan, kajian politik, kajian ekonomi dan kajian logik.

Xunzi berpendapat bahawa "langit" adalah benda objektif yang wujud di cakerawala yang mempunyai hukum yang tetap dan tidak berubah mengikut kehendak manusia. Setelah mengaku kewujudan cakerawala yang bersifat objektif, Xunzi mengemukakan pandangan tentang manusia boleh hidup secara harmoni dengan alam, sekiranya mengikuti hukumnya. Berdasarkan panduan mengikuti hukum alam, Xunzi menegaskan bahawa manusia harus bersikap inisiatif dalam usaha mengatasi alam.

Sebelum zaman Dinasti Qin, pemikiran Xunzi tentang teori kebendaan meletakkannya pada kedudukan yang tinggi dan dihormati para sarjana ketika mereka mengadakan perdebatan yang hangat tentang pandangan hukum alam. Pemikiran Xunzi itu diiktiraf mempunyai nilai yang tinggi dari segi teori kerana ia menyebarkan semangat yang logik.

Berkaitan dengan teori pengetahuan, Xunzi menunjukkan bahawa cakerawala ini boleh diketahui dengan menggunakan pancaindra. Prosesnya bermula dari menggunakan pancaindra terlebih dahulu ketika menghadapi cakerawala, lalu menggabungkan apa yang diperolehi pancaindra itu dengan pemikiran logik, iaitu disebut pergabungan "Inisiatif" dengan "Objektif". Antaranya, tahap pemikiran berperanan lebih penting daripada tahap sebelumnya.

Berkait dengan hubungan antara "belajar" dengan "amali", Xunzi berpandangan "amali" lebih tinggi kedudukannya daripada "belajar". Berkait dengan hubungan antara "gejala" dengan "kenyataan", Xunzi menegaskan "kenyataan" adalah asas yang objektif bagi segala "gejala".

Menyentuh teori kemanusiaan, Xunzi menganjurkan teori "sifat manusia adalah jahat pada asalnya", iaitu tanggapan yang berlawan dengan "sifat manusia adalah baik pada asalnya" yang dianjurkan oleh Mengzi. Kedua-dua tanggaapan tersebut mempunyai perbezaan yang besar, kecuali hanya satu persamaan pada aspek, iaitu anjuran tentang mendidik rakyat jelata melalui apa yang disebut "kesantunan maharaja".

"Kesantunan" merupakan komponen inti dalam pemikiran Xunzi mengenai sosial dan politik. Menurut pandangan beliau, "kesantunan" adalah "pengukur dan piawaian" yang dicipta oleh mendiang maharaja-maharaja bagi mengendalikan nafsu rakyat dan mengelakkan peperangan. "Kesantunan" itu mengandungi "melayani orang yang hidup", "mendoakan orang yang telah meninggal dunia", "persembahan dengan korbanan", "mengendalikan tentera" dan sebagainya. Antaranya, yang paling penting ialah "Yang" yang bermaksud "memupuk hasrat orang" dan "Zhi" yang bermaksud "sistem masyarakat yang menetapkan kedudukan pelbagai golongan seperti golongan bangsawan dengan golongan rakyat jelata, golongan warga emas dengan golongan remaja, golongan kaya dengan golongan miskin dan lain-lain.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China