Cari:
Xunzi, Ahli Fikir yang Cemerlang di China pada Zaman Purba (9)
2010-09-21 15:24:41 CRI Cetak
Perkataan Xunzi yang terkenal yang masih tersebar pada masa ini termasuk:

1), "Qie Er Bu She" yang dipetik daripada buku "Xunzi—pujuk belajar". Maksudnya tidak menghentikan usaha ketika mengukirkan suatu benda. Ia diibaratkan orang yang bersabar dan mempunyai semangat kental sepanjang proses memperjuangkan sasarannya.

2), "Qing, Qu Zhi Yu Lan, Er Qing Yu Lan" yang dipetik daripada buku "Xunzi—pujuk belajar". Maksudnya, bahan warna hijau yang disebut "Qing", iaitu sari yang dikeluarkan dari sejenis tumbuhan "Lan", kelihatan lebih hijau daripada "Lan". Ia diumpamakan seseorang pelajar boleh menjadi lebih hebat daripada gurunya, malah generasi sekarang boleh menjadi lebih bijak daripada generasi terdahulu.

3), "Fei Wo Er Dang Zhe, Wu Shi Ye; Shi Wo Er Dang Zhe, Wu You Ye; Chan Yu Wo Zhe, Wu Zei Ye" yang dipetik daripada buku "Xunzi—belajar supaya jadi bijak". Maksudnya, orang yang berani menunjukkan kelemahan atau kesilapan aku di depanku, adalah guruku; orang yang menunjukkan kelebihan atau kejayaan aku di depanku, adalah sahabatku; orang yang mengampu aku, adalah penjahat bagiku.

4), "Tian Xing You Chang, Bu Wei Yao Cun, Bu Wei Jie Mang" yang dipetik daripada buku "Xunzi—Teori Cakerawala". Maksudnya, cakerawala ini tetap berjalan mengikut hukumnya, bukan disebabkan pemerintahan Raja Yao yang bijaksana, ataupun pemerintahan Raja Jie yang kejam.

5), "Mu Bu Neng Liang Shi Er Ming, Er Bu Neng Liang Ting Er Cong" yang dipetik daripada buku "Xunzi—pujuk belajar". Maksudnya, seseorang boleh melihat dengan jelas dengan matanya tidak melihat dua benda serentak, manakala seseorang boleh mendengar dengan jelas dengan tidak mendengar dua jenis bunyi serentak.

6), "Dao Sui Er, Bu Xing Bu Zhi; Shi Sui Xiao, Bu Xing Bu Wei" yang dipetik daripada buku "Xunzi—belajar supaya jadi bijak". Maksudnya, walaupun jaraknya dekat, kita tetap perlu berjalan, barulah boleh sampai ke destinasinya; walaupun halnya kecil, kita tetap perlu mengusahakannya, barulah boleh mencapai kejayaan.

7), "Qie Er She Zhi, Xiu Mu Bu She; Qie Er Bu She, Jin Shi Ke Lu" yang dipetik daripada buku "Xunzi—pujuk belajar". Maksudnya, jika mengukir sesuatu benda tetapi berhenti pada pertengahan prose situ, kayu lapuk pun sukar dipatahkan; jika mengukir seseuatu benda dengan bersungguh-sungguh tanpa berhenti, logam emas atau batu pun boleh diukir menjadi hiasan.

8), "Peng Sheng Ma Zhong, Bu Fu Er Zhi; Bai Sha Zai Nie, Yu Zhi Ju Hei" yang dipetik daripada buku "Xunzi—pujuk belajar". Maksudnya, jika "Peng", sejenis rumput yang lembut tumbuh dalam "Ma", sejenis rami yang tegak, ia pasti boleh menjadi tegak juga tanpa ditegakkan orang, sedangkan jika pasir yang putih diletakkan dalam "Nie", sejenis bahan yang hitam, ia pasti menjadi hitam juga.

9), "Gu Bu Ji Gui Bu, Wu Yi Zhi Qian Li; Bu Ji Xiao Liu, Wu Yi Cheng Jiang Hai" yang dipetik daripada buku "Xunzi—pujuk belajar". Maksudnya, mana boleh perjalanan sepanjang seribu "Li" yang sama dengan 500 kilometer dapat diselesaikan tanpa usaha selangkah-demi selangkah; mana boleh sungai atau laut terbentuk tanpa menerima aliran cawangan yang kecil-kecil.

10), "Jun Zi Rue, Xue Bu Ke Yi Yi" yang dipetik daripada buku "Xunzi—pujuk belajar". Maksudnya, tokoh yang bijak dan beretika tinggi berkata bahawa pembelajaran tidak boleh dihentikan sepanjang hayat".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China