Cari:
Lagu Nyanyian Tan Fangbing
2010-10-13 14:22:33 CRI Cetak
Dalam rancangan kali ini, saya akan menyiarkan beberapa buah lagu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi wanita Tan Fangbing.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu "Bunga Longdan" yang dipersembahkan Tan Fangbing. Lagu ini menceritakan rasa cinta antara teruna dan dara yang tinggal di padang rumput. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Abang ialah burung helang yang terbang di angkasa padang rumput, adik pula ialah bunga Longdan yang sedang mekar. Seperti helang abang terbang ke tempat yang jauh, tetapi kekasihnya masih tinggal di padang rumput Hulunbeier."

Tan Fangbing dilahirkan di provinsi Jiangxi dan sejak kecil sudah berminat untuk menyanyi. Pada tahun 1990an, Tan Fangbing yang berumur 18 tahun ini telah pergi ke Guangdong untuk mencari rezeki sebagai penyanyi. Lagu "Kusampaikan Salam kepadamu" yang dinyanyikannya pada masa itu amat disukai oleh pendengar di seluruh negara. Kemudian, beliau menyertai Pertandingan Penyanyi Shanghai, Guangdong dan Hong Kong. Prestasinya yang begitu baik telah menarik perhatian beberapa buah syarikat muzik Hong Kong dan Taiwan.

Sekarang silalah nikmati lagu "Kusampaikan Salam kepadamu". Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Pemandangan malam semakin indah, bulan kelihatan semakin penuh. Keinginan menjadi rahsia hati, hanya dinyanyikan dengan senyum. Kusampaikan salam kepadamu, kawan-kawanku, dengan nyanyianku yang tak kan berhenti. Kudoakan bahagia kepada semua pasangan yang bercinta."

Suara Tan Fangbing memang merdu. Beliau pandai menyanyikan lagu rakyat, begitu juga lagu pop. Beliau selalu mengikut kumpulan seni Stesyen TV Pusat China (CCTV) pergi ke merata-rata tempat di China untuk membuat persembahan.

Seterusnya, saya akan menyiarkan lagu yang berjudul "Syurga Kristal", lagu yang menceritakan kampung halaman yang disayangi.

Akhir sekali, saya akan menyiarkan lagu yang berjudul "Bunga Gesang dalam Hatiku", lagu yang bergaya etnik Tibet. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Rasa cinta terbang ke langit, gunung salji bermandikan kebahagiaan. Awan yang putih, langit adalah kampungku yang disayangi."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China