Cari:
Lagu Rakyat Henan yang Dinyanyikan Wang Changzhi
2010-10-22 18:00:45 CRI Cetak

Dalam rancangan kali ini, saya akan menyiarkan beberapa buah lagu rakyat Henan yang dinyanyikan oleh biduanita terkenal di China, Wang Changzhi.

Provinsi Henan terletak di bahagian tengah timur China. Sebagai salah satu tempat asal tamadun dan budaya bangsa China, banyak lagu rakyat yang merdu dapat didengar di merata-rata tempat di sana. Lirik lagu rakyat Henan telus dan iramanya rancak.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu "Menyulam Hebao" atau menyulam "dompet" yang dinyanyikan oleh Wang Changzhi. Hebao merupakan sejenis kraftangan yang amat popular di kalangan rakyat China. Pada masa dulu, gadis selalu menghadiahkan Hebao yang disulamnya dengan halus kepada kekasihnnya. Lagu "Menyulam Hebao" ini ialah lagu cinta yang popular di Henan.

Wang Changzhi ialah biduanita yang amat terkenal di China. Suaranya merdu dan dalam persembahannya dia akan mencurahkan seluruh perasaannya. Seterusnya, saya akan menyiarkan lagu rakyat Henan "Duihua" yang dipersembahkan oleh Wang Changzhi. Lagu "Duihua" ini disampaikan dengan pelbagai gaya yang popular di China. Penyanyi menyanyikannya secara berseloka untuk memberikan pengetahuan sambil berhibur. Silalah nikmati lagu ini.

Sejak tahun 1970an, Wang Changzhi telah berulang alih ke Zhoukou, Shangcheng, Xinyang dan Nanyang, iaitu tempat yang banyak menghasilkan lagu rakyat Henan semata-mata untuk mengumpul dan mempelajari lagu-lagu tersebut. Hinggalah ke masa ini, Wang Changzhi tidak pernah berhenti daripada belajar tentang lagu rakyat Henan dan hasil pembelajarannya dijadikannya album lagu rakyat Henan.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu "Dodoi" yang dipilih daripada album tersebut.

Dalam Album Lagu Rakyat Henan yang dipersembahkan oleh Wang Changzhi ini, terkumpul lebih daripada sepuluh buah lagu rakyat Henan yang amat istimewa. Selain lagu "Duihua" dan "Menyulam Hebao" yang diketahui umum, ada juga lagu yang hanya dapat dengar di Henan, misalnya lagu "Gadis Berusia 17 atau 18 Tahun" dan "Tandu Pengantin Sampai". Kedua-dua lagu rakyat Henan tersebut amat lucu dan telus.

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu "Gadis Berusia 17 atau 18 Tahun". Lagu ini memuji-muji kecerdasan dan kerajinan gadis.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China