Pesta Zhongqiu yang juga dikenali sebagai Pesta Kuih Bulan merupakan pesta tradisional China. Sejarahnya agak panjang. Dalam buku Zhou Li yang diterbitkan Dinasti Zhou Barat pada abad ke-11 sebelum Masehi, perkataan "zhongqiu" telah dicatat dalamnya. Pada zaman purba, raja-raja di China akan memuja matahari pada musim bunga dan memuja bulan pada musim gugur. Selama-lamanya, adat resam ini diikuti kalangan rakyat dan berkembang menjadi aktiviti tradisi. Pada Dinasti Tang, adat resam yang memuji bulan lebih diambil berat di kalangan rakyat, hinggakan ia menjadi pesta yang diraikan pada tarikh yang tetap sejak masa itu.
Saudara pendengar, muzik yang saudara dengar ini ialah karya muzik Guangdong yang berjudul "Bulan Sewaktu Pesta Kuih Bulan".
Pada malam perayaan pesta ini, bulan biasanya mengambang dan terang, orang ramai berharap saudara sekeluarga dapat berkumpul dengan gembira pada waktu itu. Maka, Pesta Kuih Bulan juga dikenali sebagai "Pesta Pertemuan Semula".
Sekarang saya akan menyiarkan lagu "Bertemu Semula Sewaktu Bulan Purnama". Lagu ini menceritakan suasana yang begitu gembira ketika saudara sekeluarga berkumpul.
Di China ada banyak cerita dongeng mengenai Pesta Kuih Bulan, antaranya cerita mengenai Chang'e terbang ke bulan lebih diketahui umum. Pada zaman purba, terdapat sepuluh matahari. Sinaran kesepuluh-sepuluh matahari itu mengakibatkan tanaman menjadi kering dan kehidupan rakyat amat susah. Seorang pahlawan yang bernama Houyi menembak jatuh sembilan daripada sepuluh matahari tersebut. Ini membuat Houyi mendapat penghormatan dan kecintaan daripada kalangan rakyat. Dia pun mendapat sebiji ubat yang mengabadikannya daripada Dewi Wangmuniangniang. Houyi enggan melepaskan isterinya, Chang'e. Dia menyerahkan ubat itu kepada isterinya untuk disimpan. Pada suatu hari, Chang'e memakan ubat itu dengan sulit dan tiba tiba menjadi dewi yang terbang ke bulan. Houyi sedih sangat dan mengejar isterinya, tetapi gagal. Dia hanya dapat melihat bulan untuk menyampaikan rinduannya. Maka, sewaktu Pesta Kuih Bulan tiba, mereka yang jauh daripada pangkuan keluarga selalu melihat bulan untuk menyampaikan rinduan dan salam kepada saudara sekeluarga dan kawan-kawan.
Sekarang saya akan menyiarkan lagu yang berjudul "Melihat Bulan".
Kuih bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Mula-mulanya kuih bulan dibuat di rumah sendiri, hingga ke zaman moden, barulah ada kedai yang khusus membuat dan menjual kuih bulan.Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah atau kuning telur masin dan sebagainya.
Seterusnya marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Semoga Bertemu Semula".
China yang wilayahnya amat luas, budaya juga amat berbeza di tempat-tempat yang berlainan. Dalam perayaan pesta ini, adat resam yang istimewa juga terbentuk di beberapa tempat, seperti tarian naga api di Hong Kong, aktiviti melonggakkan batu untuk menjadikanya sebagai menara di Anhui, tarian etnik Miao dan permainan "mengejar bulan" etnik Mongol.
Akhirnya, marilah kita bersama-sama menikmati muzik Guangdong yang berjudul "Memanjak tangga untuk Melihat Bulan".