Awu, yang mempunyai sejarah kira-kira 7,000 tahun ini, merupakan alat muzik tiupan yang tertua dalam masyarakat etnik Yi yang tinggal di provinsi Yunnan, di bahagian barat daya China. Bentuknya mirip Xun, salah sebuah alat muzik tiupan yang paling tua di China.
Alat muzik yang diperbuat daripada tanah selut yang lekit ini, kebanyakannya berbentuk potongan wajik atau bulan sabit. Panjangnya kira-kira 10 sentimeter. Di tengah-tengah bahagian lengkungnya ditebuk satu lubang untuk dijadikan mulut, tempat meniup. Di bahagian "perut"nya pula ditebuk 6 lubang kecil secara simetri untuk mengeluarkan bunyi.