Cari:
Kublai Khan, Maharaja Pertama Dinasti Yuan
2010-09-26 13:50:25 CRI Cetak

Kublai dilahirkan pada tahun 1215, beliau ialah puteri Genghis Khan dan adik kepada Mongke Khan. Sejak remaja, Kublai telah mempunyai hasrat untuk memberikan sumbangan yang besar kepada negaranya. Beliau bukan sahaja pandai bertempur, malah memahami budaya etnik Han dengan baik. Ini jarang kelihatan dalam kalangan bangsawan Mongol.

Setelah abangnya, Mongke menjadi Khan Besar, Kublai diarahkan supaya mentadbirkan kawasan etnik Han di selatan padang rumput Mongol. Pada tahun 1259, Mongke Khan mangkat dalam perang, dan Kublai berjaya merebut takhta Khan Besar dalam perjuangan dengan saudara maranya dan menjadi Kublai Khan pada tahun 1260. Pada tahun 1264, Kublai Khan memilih Beijing sebagai ibu negara dan memulakan pembangunan besar-besaran selama 10 tahun di sana. Pada tahun 1271, Kublai Khan menggantikan nama negara Mongol menjadi Yuan dan memindahkan ibu negaranya ke Beijing secara rasmi pada tahun 1272.

Setelah mengukuhkan pentadbirannya, Kublai Khan memulakan perang dengan pihak luar. Pada tahun 1279, tentera Yuan telah memusnahkan kerajaan Dinasti Song yang telah berundur ke bahagian selatan China. Selepas itu, Tibet, Yunnan, Xinjiang, timur laut China dan Taiwan juga dimasukkan di bawah pemerintahan Dinasti Yuan. Kublai Khan telah berjaya menubuhkan sebuah empayar yang begitu besar kerajaan di bawah pentadbiran baginda juga telah berjaya mengukuhkan penggabungan pelbagai etnik di China serta hubungan ekonomi dan budaya dengan pihak luar. Untuk memperkukuh pentadbiran Dinasti Yuan, Kublai Khan telah melaksanakan pelbagai pembaharuan dalam bidang politik, ekonomi dan tentera, dan kuasa pentadbiran negara dikumpulkan ke tangan Maharaja.

Baginda juga berusaha bersungguh-sungguh untuk mempromosi budaya tradisi etnik Han yang mengutamakan fahaman konfusius, membuka sekolah di ibu negara dan di luar bandar untuk membina bakat rakyat. Beliau memerintahkan seorang sami Tibet yang kanan supaya mencipta tulisan Mongol dan menterjermahkan pelbagai buku klasik etnik Han untuk dipelajari oleh bangsawan etnik Mongol. Bagaimanapun, beberapa adat etnik Mongol yang ketinggalan zaman, seperti pemilihan hamba oleh bangsawan Mongol telah dikekalkan. Ini telah menjejaskan pembangunan sosioekonomi.

Kublai Khan juga telah berperang beberapa kali dengan negara luar, termasuk dengan Jepun dan Vietnam, namun usahanya itu gagal pada akhirnya.

Bagaimanapun, ketika usianya sudah lajut, Kublai Khan tidak mahu mendengar nasihat lagi, hingga pentadbiran Dinasti Yuan menjadi goyah. Akhirnya, pada tahun 1294, Kublai Khan mangkat akibat penyakit yang teruk.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China