Cari:
Zhu Di, Maharaja Yang Memperkukuh Dinasti Ming
2010-10-03 17:07:16 CRI Cetak

Zhu Di ialah putera keempat Zhu Yuanzhang, pengasas Dinasti Ming. Beliau digelar Raja Yan oleh Zhu Yuanzhang kerana sumbangannya yang begitu besar dalam menghapuskan tentera Dinasti Yuan dan mewujudkan penyatuan negara China. Disebabkan wilayah yang ditadbir oleh Zhu Di sangat penting bagi pertahanan Dinasti Ming di bahagian utara, maka kedudukannya juga menjadi lebih tinggi daripada raja-raja yang lain.

Maharaja Zhu Yuanzhang mengekalkan tradisi yang takhta perlu diwarisi oleh putera sulung. Jadi, setelah putera sulungnya, Zhu Biao mangkat, baginda menetapkan takhtanya diwarisi oleh cucunya, anak Zhu Biao, iaitu Zhu Yunwen. Apabila Zhu Yuanzhang mangkat pada tahun 1398,, Zhu Yunwen pun menaiki takhta menjadi Maharaja Jianwen. Bagaimanapun, baginda merasa kurang dihormati oleh raja-raja di tempat lain kerena mereka ialah bapa saudara baginda. Oleh itu, baginda memutuskan untuk mengurangkan kuasa para raja-raja tersebut. Pada bulan tujuh tahun 1399, Maharaja Jianwen mengarahkan pasukan tentera supaya mengepung rumah Raja Yan, Zhu Di dengan alasan mengangkap penjenayah. Namun, Zhu Di sejak awal-awal lagi sudah bersedia untuk menghadapi keadaan sedemikian. Beliau menangkap pagawai yang dihantar oleh kerajaan pusat itu dan memulakan perang saudara, hingga akhirnya berjaya merampas takhta.

Selepas itu, Zhu Di mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan kuasa raja yang lain dan mengukuhkan pentadbirannya sendiri. Meskipun Zhu Di merampas takhta dengan cara lama, namun baginda bersedia menerima kritikan daripada pegawainya dan berusaha untuk memulihkan sosioekonomi yang terjejas akibat perang saudara. Untuk memelihara penyatuan negara yang terdiri daripada pelbagai etnik, dan untuk mengukuhkan pentadbiran yang berkesan di kawasan etnik minoriti, baginda menubuhkan kerajaan di timur laut, barat daya dan bahagian barat. Baginda juga menggelar Sami Besar Tsongkhapa di Tibet sebagai pelindung Dinasti Ming.

Selain itu, Zhu Di juga mengubah dasar yang menutup sempadan laut untuk mempererat hubungan perdagangan dengan negara-negara jiran. Dengan perintah baginda, Laksamana Cheng Ho telah memimpin armada Dinasti Ming melawat ke Asia Tenggara lalu terus ke Afrika Timur. Ini membawa pengaruh yang besar dalam bidang politik, ekonomi, sains dan budaya di China, malah di pelbagai negara luar.

Zhu Di juga menjadi seorang maharaja yang paling ulung dalam sejarah China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China