Cari:
Tao Yuanming, Penyajak Petani yang Cemerlang di China pada Zaman Purba (3)
2010-10-13 10:25:45 CRI Cetak
Kebanyakan karya Tao Yuanming dihasilkan berasaskan kehidupan di desa dengan menggunakan kata-kata yang ringkas dan langsung. Mereka yang membaca karya Yuanming biasanya berasa selesa dan mesra tanpa menemui kata-kata yang sengaja direka-reka. Yuanming memang mahir dalam membawa para pembaca ke dalam suasana yang dicipta dalam karyanya yang berorientasikan suasana santai.

Tao Yuanming merupakan seorang penyajak yang berkedudukan penting pada zaman Dinasti Jin Timur. Beliau bukan sahaja dikenali sebagai "nenek moyang" penyajak-penyajak yang bertapa, malah merupakan pengasas kesusasteraan aliran pertanian dan perkebunan. Maka, kebanyakan karyanya bercorak pertanian dan perkebunan.

Tao Yuanming yang beretika tinggi dan gemar kepada cara hidup yang sederhana membawa pengaruh besar kepada golongan cendekiawan selepasnya, malah mempengaruhi segala aspek budaya di negara ini. Nama Tao Yuanming meniti di bibir rakyat China sejak sekian lama. Kami yang telah mengikuti pendidikan di sekolah menengah pasti pernah belajar "Catatan Tao Hua Yuan" karya Yuanming. Kebanyakan orang pasti masih boleh mengingat dua ayat yang terkenal dari puisi itu, iaitu "Cai Ju Dong Li Xia, You Ran Jian Nan Shan" (Ketika memetik bunga kekwa di bawah pagar di sebelah timur rumahku, aku berasa selesa dan menikmati segala pemandangan di sekitarnya khususnya melihat Gunung Nanshan yang jauh). Kadang-kadang guru kita juga berminat menceritakan Yuanming yang "tidak mahu bersalam dengan membongkok kepada orang yang dipandangnya rendah, hanya kerana mahu mengekalkan jawatan yang bergaji dalam bentuk beras sebanyak lima 'Dou'".

Walaupun keluarganya mempunyai latar belakang kehidupan yang mewah lagi makmur, namun Tao Yuanming tidak dapat menyaksikan kemewahan itu lagi ketika remaja kerana keluarganya sudah kehilangan kedudukan dan pengaruh ketika itu. Kadang-kadang beliau terpaksa hidup dalam belenggu kemiskinan.

Tao Yuanming selalu serba salah ketika hendak membuat pilihan, sama ada mahu bertapa atau bertugas dalam arena politik.

Pada zaman itu, menceburkan diri dalam arena politik sudah menjadi pilihan pertama bagi hampir semua cendekiawan demi mencari rezeki, hingga terdapat sebuah pepatah yang berbunyi "mereka yang mencapai kejayaan dalam pelajaran, patut menceburkan diri dalam arena politik".

Bagaimanapun, Tao Yuanming menunjukkan sedikit sangat minat bagi mengembangkan kerjayanya dalam arena politik. Beliau pernah memegang jawatan yang rendah, iaitu "Ji Jiu" di bandar Jiangzhou pada usia 29 tahun. Tetapi, Yuanming segera meletakkan jawatan itu disebabkan tugas rutinnya dikatakan terlalu membosankan.

Selepas itu, Yuanming memilih untuk bertapa di rumahnya sehingga mencapai pertengahan usia. Waktu itu, beliau terpaksa mencari kerja dalam kerajaan semula disebabkan hidupnya susah. Akhirnya, beliau dapat memegang jawatan Pengetua Kaunti Pengze.

Pada suatu ketika, Tao Yuanming tidak mahu mamakai pakaian rasmi ketika akan bertemu dengan "Du You", iaitu utusan dari pihak atasan, dam berkata, "mana boleh aku membongkok kepada budak kampung itu semata-mata berharap untuk makan gaji dengan kerajaan, iaitu beras sebanyak lima 'Dou' sahaja." Selepas itu, Yuanming meletakkan jawatan sekali lagi dan pulang ke rumah untuk bertapa.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China