Cari:
Balai Yueyang
2010-12-01 11:27:16 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Balai Yueyang menjadi terkenal disebabkan adanya "Catatan Balai Yueyang" yang ditulis oleh Fan Zhongyan (989-1052), sasterawan tersohor dari zaman Dinasti Song Utara China. Bangunan ini terletak di bahagian barat bandar Yueyang dan diiktiraf sebagai satu daripada tiga gedung terkenal di kawasan sebelah selatan Sungai Yangtze.

Balai Yueyang dianggarkan dibina pada zaman Dinasti Tang (618-907), dan kemudian, dibina semua pada zaman Dinasti Song Utara (960-1127). Balai ini dibina tanpa menggunakan sebutir paku atau sebatang alang pun. Hal ini jarang ditemui dalam sejarah pembinaan bangunan China purba kala. Balai Yueyang terdiri daripada tiga tingkat dan tingginya kira-kira 15 meter. Seluruh berat balai ini ditanggung oleh 4 batang tiang kayu yang besar. Atap balai ini kelihatan seperti topi jeneral pada zaman purba kala. Menurut ceritanya, pada zaman Tiga Negeri (189-265), Jeneral yang terkenal dari Negeri Wu, iaitu Lu Su pernah memeriksa tenteranya di tempat yang kemudiannya dibina Balai Yueyang ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China