Cari:
Zhubanqin
2010-10-25 09:25:59 CRI Cetak

Zhubanqin

Jika disebut Zhubanqin, mungkin ramai yang tidak tahu, kerana ia memang jarang ditemui dalam pancaragam etnik biasa. Bagaimanapun, dengan bunyinya yang merdu dan penuh dengan perasaan, muzik yang dihasilkannya membuatkan para pendengar seolah-olah mengecap air yang segar, jernih dan manis dari mata air pegunungan. Ia memang agak unik di dunia alat muzik etnik China.

Alat muzik yang seluruh badannya diperbuat daripada buluh ini, mula-mulanya berasal dari kawasan yang padat dengan penduduk etnik Dai yang kebanyakannya tinggal di bahagian barat daya China. Negara-negara Asia Tenggara yang lain, seperti Indonesia, Kemboja, Vietnam dan Myanmar, dikatakan juga mempunyai Zhubanqin dengan keistimewaannya masing-masing.

Bentuk dan cara bermain Zhubanqin ini mirip alat muzik pukulan dari Barat, Marimba. Namun, disebabkan seluruh badannya diperbuat daripada buluh, bunyi yang dihasilkannya lebih kecil daripada Marimba.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China