Cari:
Lagu Rakyat Mongol Nyanyian Zhageda Surong
2010-11-30 16:12:45 CRI Cetak

Dalam rancangan kali ini, saya akan menyiarkan beberapa buah lagu yang dinyanyikan oleh biduan etnik Mongol yang terkenal di China, Zhageda Surong.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Anak Kuda Kuning" yang dinyanyikan oleh Zhageda Surong. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Anak kuda kuning berlari dengan langkah yang berirama, ia meriangkan hatiku. Gadis yang lemat-lembut, menyentuh hatiku."

Zhageda Surong dilahirkan dalam sebuah keluarga penggembala yang miskin di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam pada tahun 1954. Kampung halamannya ialah antara sumber utama lagu rakyat etnik Mongol, dan banyak penyanyi yang hebat muncul dari sana. Dengan suasana muzik yang begitu baik, Zhageda Surong yang masih kecil lagi ketika itu pun sudah menunjukkan bakatnya dalam bidang muzik. Dia sudah pandai menyanyi banyak lagu etnik Mongol ketika itu. Pada tahun 1974, Zhageda Surong dipilih menjadi seorang pemuzik kecil dalam kumpulan seni tempatan dan sejak itulah beliau memulakan kerjayanya sebagai penyanyi. Kemudian, beliau telah mengikuti program di bawah pimpinan penyanyi etnik Mongol yang terkenal di Sekolah Seni Wilayah Autonomi Mongolia Dalam dan Konservatori Muzik China.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu etnik Mongol yang berjudul "Durengzhana" yang dinyanyikan oleh Zhageda Surong. Lagu ini menceritakan tentang seorang tokoh legenda di padang rumput Mongol, namanya Durengdeligeer. Beliau ialah jaguh gusti terkenal pada abad ke-19 di padang rumput Mongol. Beliau dikenal sebagai "Durengzhana" kerana terus-menerus mengekalkan kejuaraannya dalam pertandingan gusti. Dalam bahasa Mongol, "Zhana" ialah gajah. Masyarakat Mongol suka menggelar jaguh gusti mereka sebagai "gajah" atau "singa".

Seterusnya saya akan menyiarkan lagu etnik Mongol yang berjudul "Bukit Hanggai yang Menyeronokkan". Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Di bukit Hanggai yang menyeronokkan, mata air mengalir jernih. Kuharap dapat segera bertemu dengan kekasihku."

Zhageda Surong telah menghasilkan sebuah album yang mengandungi 21 buah lagu nyanyiannya pada tahun 2009. Lagu entik yang dinyanyikan oleh Zhageda Surong ini bukan sahaja merupakan antara lagu etnik Mongol yang terbaik, malah memperlihatkan mutu nyanyiannya yang paling baik setakat ini.

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu daripada album tersebut yang berjudul "Kuda". Lirik lagunya antara lain berbunyi, "Kudaku yang merah berlari kencang mengalahkan kuda lain. Tidak kira jauh mana perjalananmu, hanya lari sahaja, terus ke depan. Jangan hilang keyakinan diri".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China