Sebagai hidangan pertama pada hari ini, marilah kita nikmati lagu "Pembina" yang digubah oleh Lu Yuan pada tahun 1954. Pada masa itu, Republik Rakyat China baru ditubuhkan, dan rakyat China sedang berusaha membangunkan negara. Lu Yuan sebagai penggubah lagu amat terharu dengan semangat rakyat ketika itu lalu terus mencipta lagu ini.
Encik Lu Yuan memulakan kerjayanya sebagai penggubah lagu pada tahun 1950-an. Beliau telah mencipta banyak lagu yang menggambarkan pembangunan yang berlaku di negara China, dan lagu-lagunya begitu cepat menjadi amat popular di seluruh negeri, misalnya lagu "Keramay" yang digubahnya pada tahun 1957. Ketika itu, medan minyak Keramay baru ditemui, dan rakyat China amat berbangga dengannya. Lu Yuan telah pun mencipta lagu ini dengan cepat. Lagu yang amat bercirikan etnik tempatan ini sekarang telah dijadikan "lagu bandar" Keramay, dan Lu Yuan turut dianugerahi setatus "warga kehormat" bandar itu.
Lu Yuan pernah merantau ke merata-rata tempat di seluruh negeri China untuk mencari inspirasi dan mengumpul bahan untuk menggubah lagu. Lagu yang digubah oleh beliau banyak bergantung pada muzik etnik hinggga hasilnya amat berciri etnik, namun, ia tidak terbatas kepada sesebuah kawasan atau etnik sahaja.
Sekarang saya akan menyiarkan lagu "Mendaki Gunung Xinganling yang Tinggi" yang bercirikan etnik Mongol. Lagu ini memuji-muji penduduk keturunan Han dan entik Mongol yang bersatu-padu membangunkan kampung halaman mereka. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Mendaki gunung Xinganling yang begitu tinggi, aku memandang ke sebelah selatan. Kelihatan padang rumput yang luas. Itulah kampung halaman yang kusayangi. Sahabat dari keturunan Han bersama-sama dengan kami membangunkan kampung halaman ini".
Encik Lu Yuan yang berusia lebih 80 tahun ini masih bersemangat dan mengekalkan tekad yang kuat untuk menggubah lagu. Selama 60 tahun lebih, beliau telah menggubah lebih daripada 1,000 buah lagu serta kira-kira 100 buah opera muzik, tarian dan menyediakan muzik iringan bagi video.
Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu "Cinta pada Dunia" yang digubah oleh Lu Yuan. Lagu yang menceritakan tentang kedamaian ini pernah dinyanyikan oleh penyanyi dari China dan juga penyanyi asing.