Cari:
Persembahan Warisan Budaya Bukan Benda Etnik Mongol
2010-11-22 11:11:31 CRI Cetak

(tarian Andai)

Muzik yang saudara dengar ini ialah muzik tarian Andai, tarian etnik Mongol. Tarian ini amat popular di kawasan Korqin, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam. Tarian ini temanya menziarah dewa-dewi untuk mengelakkan malapetaka dan penyakit. Para penari memegang kain panjang yang berwarna-warni, melambai-lambaikannya dengan iringan ketukan kaki. Persembahan mereka menggambarkan semangat penduduk etnik Mongol yang amat kuat.

Wilayah Autonomi Mongolia Dalam terletak di bahagian utara China. Di sini tinggal lebih daripada 10 etnik minoriti, termasuk etnik Mongol, Daur, Ewenki dan Oreqen. Mereka telah mencipta dan mewariskan warisan budaya yang amat berciri tempatan dan amat berharga.

Persembahan "Kegembiraan di Padang Rumput" ini diadakan terutamanya untuk menampilkan warisan budaya bukan benda etnik Mongol menerusi tarian, permainan alat muzik dan nyanyian.

(tarian Lurigele)

Muzik yang saudara dengar ini ialah muzik tarian Lurigele. "Lurigele" ialah bahasa etnik Daur, maksuknya "menyala api". Tarian ini selalu dipersembahkan dalam aktiviti "Nadamu". "Nadamu" dalam bahasa etnik Mongol pula ialah "hibur". Aktiviti ini biasanya diadakan pada bulan Julai dan Ogos untuk merayakan hasil penternakan dan penggembalaan yang baik bagi etnik yang hidup di padang rumput ini. Dalam aktiviti ini, acara sukan seperti gusti, memanah dan lumba kuda serta persembahan kesenian akan diadakan. Tarian "Lurigele", tarian "bergelut dengan beruang hitam" dan tarian tradisional yang dipersembahkan oleh pelbagai etnik memang selalu diadakan untuk menghangatkan suasana bagi pesta "Nadamu"yang meriah itu.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, usaha melindungi warisan budaya bukan benda di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China amat berkesan. Lagu Panjang dan "Humai" etnik Mongol telah disenaraikan dalam senarai "warisan budaya bukan benda manusia" UNESCO.

Sekarang saya akan menyiarkan lagu "Kuang Bayas di Padang Rumput" yang dinyanyikan oleh Ulijitu. Lagu ini menceritakan tentang suasana yang cukup menggembirakan ketika kawan dan saudara mara bertemu.

Persembahan "Kegembiraan di Padang Rumpat" kali ini disertai lebih 200 orang artis, kebanyakannya artis bukan professional, termasuk artis kalangan rakyat, penggembala, petani dan pemburu. Persembahan mereka yang asli itu membawa penonton ke padang rumput Wilayah Autonomi Mongolia Dalam yang amat luas, mengasyikkan mereka dalam suasana yang meriah.

(penyanyi Badema)

Seterusnya marilah kita bersama-sama menikmati nyanyian Badema yang berusia 70 tahun, pewaris warisan budaya bukan benda peringkat negara dengan lagunya "Kuda Merah yang Berlari Kencang".

(Kumpulan Anda)

Akhir sekali, saya akan menyiarkan rakaman persembahan oleh "Kumpulan Anda". Dalam bahasa etnik Mongol, "Kumpulan Anda" bermakna "kawan kawan yang setia". Dalam persembahan ini, 10 pemuda etnik Mongol menyanyikan lagu "Humai" yang diiringi alat muzik tradisional etnik Mongol untuk menyampaikan rasa cinta mereka terhadap kampung halaman dan puji-pujian terhadap pahlawan. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Padang rumput yang luas ialah tempat kami lahir dan membesar. Padang rumput dihias dengan bunga dan rumah yang putih. Kami menjaga keselamatan padang rumput. Penggembala yang berani merebut kembali lembu dan kambing dari mulut serigala. Pujian untuk mereka dinyanyikan terus-menerus."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China