Cari:
Kangxi, Maharaja Agung Diansti Qing
2010-10-29 12:59:52 CRI Cetak

Pada tahun 1661, Maharaja Dinasti Qing Shunzhi, Maharaja pertama daripada Etnik Man yang mentadbirkan seluruh negara China telah mangkat pada umur 24 tahun kerana penyakit cacar. Puteranya, Xuanye yang hanya berumur 8 tahun ketika itu naik takhta menjadi Maharaja Kangxi. Menurut perintah wasiat Maharaja Shunzhi, empat orang pegawai kanan telah dilantik sebagai penolong maharaja Kangxi untuk membantu baginda menguruskan hal ehwal negara sehinggalah baginda mampu menguruskannya sendiri. Bagaimanapun, Aobai, salah seorang daripada empat orang pegawai kanan itu beransur-ansur menjadi sombong kerana sumbangannya yang luar biasa terhadap empayar tersebut. Dia mentadbir sesuka hati, membunuh siapa-siapa sahaja yang berani melawannya, dan Maharaja pun dipandang rendah olehnya. Hingga baginda menjadi remaja, Aobai masih tetap tidak mahu menyerahkan pentadbiran kepada baginda. Maharaja Kangxi memperlihatkan sikap sabarnya di hadapan Aobai, namun, pada masa yang saa, baginda memilih lebih 100 orang kaum kerabat dan saudara maranya untuk berlatih dalam perlawanan gusti Monggolia. Apabila melihat baginda hanya tahu bermain dengan kaum kerabatnya sahaja, Aobai semakin memandang rendah terhadap baginda. Hinggalah pada tahun 1669, ketika umur baginda mencapai 16 tahun, pada suatu hari, dengan alasan mengajak Aobai beradu teknik gusti, bersama-sama lebih 100 orang remaja, baginda berjaya menangkapnya. Selepas itu, baginda mengumumkan 30 kesalahan Aobai dan menjatuhkan hukuman ditahan seumur hidup kepadanya. Dengan itu, Maharaja Kangxi berjaya merampas kembali kuasa pentadbirannya.

Selepas itu, pada tahun 1673 hingga 1681, baginda telah berjaya menghapuskan pemberontakan yang dilalukan oleh tentera di bawah tiga raja tempatan. Pada tahun 1682, baginda melantik Yao Qisheng dan Shi Lang sebagai Jeneral untuk berperang dengan penjajah Belanda di Pulau Taiwan. Taiwan kembali ke pangkuan tanah air. Selepas itu, baginda mematahkan pencerobohan Rusia, dengan dua peperangan yang dahsyat, lalu memaksa Rusia menandatangani perjanjian sempadan yang mengiktiraf kawasan aliran Sungai Heilongjiang dan Ussuri sebagai wilayah China. Kemudian, baginda sendiri memimpin pasukan untuk menumpaskan pemberontakan kaum Jungger di bahagian barat padang rumput Mongol, sekaligus memperkukuh pentadbiran baginda di kawasan Qinghai dan Ningxia.

Di samping itu, Maharaja Kangxi juga menggalakkan pembangunan sosioekonomi. Banyak langkah yang diambil oleh baginda telah mendorong perkembangan kapitalisme peringkat awal di China. Baginda juga mementingkan perkembangan budaya, dan mengarah untuk menyesun beberapa banyak buku klasik dalam bidang ilmu dan kebudayaan.

Sumbangan Maharaja Kangxi kepada bangsa dan negara China boleh dikatakan sangat menonjol berbanding dengan maharaja-maharaja lain pada pelbagai destinasi yang lalu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China