Cari:
Tao Yuanming, Penyajak Petani yang Cemerlang di China pada Zaman Purba (8)
2010-11-17 17:18:06 CRI Cetak
Tao Yuanming suka minum arak, dan beliau pasti minum hingga mabuk setiap kali minum. Ketika meraikan tetamu, baik yang berkedudukan tinggi mahu yang berkedudukan rendah, baik yang kaya mahupun yang miskin, Yuanming pasti mengajak mereka minum arak bersama-samanya, selagi masih ada simpanan arak di rumah. Kadang-kadang, jika Yuanming sudah mabuk lebih awal daripada tetamunya, beliau akan berkata secara selamba, "Anda boleh meninggalkan rumahku tanpa bersalam. Sekarang ini, aku mahu tidur dulu."

Pada tahun 408 Masehi, Tao Yuanming terpaksa berpindah dari Shangjing (kawasan kaki gunung Yujing di bahagian barat Kaunti Xingzi sekarang) yang mengalami kebakaran ke Suli (Kampung Tao, Wenquan Suli, Kaunti Xingzi sekarang). Di sini, beliau mula mengalami hidup yang susah. Namun begitu, jika hasil pertaniannya g baik, Yuanming masih mampu mengajak teman-temannya makan bersama-sama di rumahnya dan membiarkan mereka memetik sayur-sayuran di kebunnya. Tetapi, jika hasil pertaniannya kurang baik, Yuanming juga terpaksa menderita kelaparan.

Pada tahun terakhir pemerintahan Raja Yixi, kononnya seorang petani tua telah mengunjungi rumah Yuanming dengan membawa arak dan mengajak Yuanming minum bersama dengannya, sambil memujuk Yuanming untuk berkhidmat dalam kerajaan. Namun, Yuanming telah menolak tawaran petani tua itu dengan sopan.

Pada usianya yang lanjut, Yuanming terpaksa menjalani kehidupan yang semakin susah. Kadang-kadang, ada temannya yang datang ke rumahnya Yuanming untuk memberikan bantuan kepadanya, kadang-kadang, beliau sendiri mengunjungi rumah temannya untuk meminjam wang.

Seorang teman lama Yuanming, Yan Yanzhi yang memegang jawatan Gabenor Provinsi Shian mula tahun 423 Masehi, pasti akan mengunjungi rumah Yuanming dan minum arak bersamanya apabila beliau ada urusan di bandar Xunyang. Suatu ketika, beliau meninggalkan 20 ribu unit wang pada Yuanming, tetapi wang itu habis sekaligus apabila diserahkan oleh Yuanming kepada satu restoran untuk membayar kos araknya pada masa yang akan datang.

Bagaimanapun, Tao Yuanming tidak menerima bantuan kewangan secara sembarangan, beliau akan menolak pemberian yang dianggapnya kurang ikhlas. Contohnya, peristiwa yang berlaku pada tahun 424 Masehi, apabila Gabenor bandar Jiangzhou, Tan Daoji mengunjungi rumahnya ketika Yuanming sakit, sehingga terpaksa berehat di rumah. Ketika itu, yang lebih menyedihkan ialah beliau sudah kelaparan selama beberapa hari.

Dengan demikian, Tan Daoji memujuk Yuanming, "Mereka yang bijak memilih untuk bertapa jika pemerintah melaksanakan pentadbiran yang kotor, tetapi menceburkan diri dalam arena politik jika pemerintah melaksanakan pentadbiran yang bersih dan bijaksana. Kerajaan sekarang begitu bijaksana dan masyarakat hidup dengan makmur. Kenapa tuan memilih cara hidup yang begitu susah seperti sekarang ini?"

Tao Yuanming menjawab, "Mana boleh saya dianggap tokoh yang bijak, sedangkan saya tidak mempunyai cita-cita yang tinggi." Kemudian, Yuanming juga menolak bantuan yang disediakan dalam bentuk daging kering yang dibawa oleh Tan Daoji.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China