Cari:
Opera Tempatan Provinsi Liaoning: Labaxi
2010-11-16 14:13:41 CRI Cetak

Labaxi ialah sejenis opera tempatan yang sangat popular di kaunti Haicheng, provinsi Liaoning di bahagian utara China. Dalam bahasa Mandarin, "Laba" bermaksud "trompet". Opera ini mendapat nama justeru kerana alat muzik utama yang mengiringinya ialah Suona, sejenis alat muzik tiupan klasik yang dipasang sebuah trompet pada bahagian bawahnya.

Perkembangan opera Labaxi ini sampai ke kemuncaknya dalam zaman pemerintahan Maharaja Jiaqing dan Daoguang pada zaman Dinasti Qing (1796-1850). Bagaimanapun, dengan munculnya opera Pingju pada tahun 1910, opera ini semakin hari menjadi semakin merosot.

Disebabkan kebanyakan peniaga di kaunti Haicheng berasal dari provinsi Shanxi di barat laut China, maka, lagu dan dialog opera ini biasanya menggunakan dialek di provinsi tersebut.

Dengan menerapkan ciri-ciri persembahan opera Bangzi dari provinsi Shanxi, opera ini menampilkan corak persembahan yang cukup unik.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China