Cari:
Cao Xueqin, Sasterawan Terkenal Dinasti Qing
2010-11-29 13:18:18 CRI Cetak

Sebelum Cao Xunqin dilahirkan, tiga generasi keluarganya telah menjawat jawatan penting di Nanjing, terutamanya datuk Cao Xueqin yang sangat dihargai oleh Maharaja Kangxi. Bagaimanapun, selepas Maharaja Yongzheng menaiki takhta, keluarga Cao Xueqin terbabit dalam konflik antara pelbagai puak politik. Bapanya telah dipecat daripada jawatannya dan harta keluarganya juga dirampas. Keluarga Cao Xueqin berpindah ke Beijing, ibu negara Dinasti Qing. Ketika Cao Xueqin berumur 16 tahun, kedudukan keluarganya telah menurun hingga ke peringkat yang terendah dalam masyarakat.

Ketika Cao Xueqin mula menulis buku "Mimpi di Bilik Merah" yang digelarkan sebagai salah satu daripada "empat karya aung klasik China" sekarang ini, Cao Xueqin yang telah miskin itu terpaksa berpindah bersama isteri dan anaknya ke kampung yang terpencil di bahagian barat Beijing, dan hampir tidak mampu membeli makanan untuk dirinya sekeluarga.

Cao Xueqin memasukkan semua perasaan dan pengalamannya ke dalam buku "Mimpi di Bilik Merah", dan menggambarkan lebih daripada seratus watak dari pelbagai lapisan masyarakat di dalamnya. Buku ini dianggap telah mencapai puncak perkembangan cerita klasik di China. Sayang sekali, sepuluh tahun kemudian, anak Cao Xueqin meninggal dunia. Cao Xueqin merasa telah sedih lalu turut meninggal dunia tidak lama selepas itu dengan meninggalkan karya agungnya yang belum diselesaikan itu.

Kini, di China telah ada ilmuwan yang khusus menyelidik buku "Mimpi di Bilik Merah". Fenomena ilmuwan yang menyelidikan sebuah cerita sahaja ini merupakan hal yang belum pernah berlaku dalam sejarah sastera China, dan jarang terjadi dalam sejarah sastera dunia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China