Cari:
Opera Tempatan Provinsi Jilin: Jiju
2010-12-01 11:24:37 CRI Cetak

Jiju ialah sejenis opera tempatan di provinsi Jilin yang dicipta pada tahun 1950-an, berasaskan seni Errenzhuan, iaitu sejenis seni rakyat dari bahagian timur laut China yang bercorak seloka.

Watak utama dalam opera ini terbahagi kepada lima jenis, iaitu Sheng (watak lelaki), Dan (watak wanita), Jing (watak lelaki dengan muka yang berlukis), Mo (watak lelaki pertengahan umur atau lebih tua) dan Chou (watak jenaka). Alat muzik utama yang mengiringinya pula termasuk Banhu, Suona, Zhen dan Houguan (sejenis alat muzik tiupan yang dicipta berasaskan alat muzik jenis paip).

Dengan menyerap unsur-unsur seni opera Errenzhuan, termasuk cara menyanyi, solekan, tarian, dialog serta kemahiran-kemahiran unik (seperti penggunaan sapu tangan dan kipas), opera ini menampilkan corak persembahan yang cukup menarik.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China