Cari:
Niujiaohu
2010-12-20 14:22:20 CRI Cetak

Niujiaohu

Niujiaohu, yang juga dikenali sebagai Maweihu atau disebut "Zani" dalam bahasa Tibet ini, ialah sejenis alat muzik gesekan klasik yang sangat disukai oleh masyarakat etnik Tibet yang bertani dan menternak binatang di provinsi Qinghai.

Bentuk Niujiaohu mirip Erhu, yang digelar "biola gaya China". Kotak resonansnya diperbuat daripada tanduk lembu yang sudah dipotong bahagian hujungnya. Sebelah bahagian hujungnya yang lebih besar pula ditutup dengan kulit lembu. Pemegangnya diperbuat daripada kayu, dan dipasang dengan dua utas tali yang diperbuat daripada bulu ekor kuda. Tali penggeseknya juga diperbuat daripada bulu ekor kuda.

Alat muzik ini sering dimainkan untuk mengiringi penyanyi dan penari ketika perayaan dan aktiviti hiburan diadakan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China