Cari:
Opera Tempatan Provinsi Shaanxi: Meihu
2011-02-01 16:28:56 CRI Cetak

Cerita moden yang dipersembahkan dalam opera Meihu.

Meihu, yang juga dikenali sebagai Mei'e atau Mihu ini, ialah sejenis opera tempatan di provinsi Shaanxi yang terbentuk pada zaman pemerintahan Maharaja Qianlong Dinasti Qing. Opera ini juga sangat popular di beberapa kawasan di provinsi Shanxi, Henan, Hubei, Sichuan, Gansu dan Wilayah Autonomi Hui Ningxia.

Jika dibandingkan dengan opera Qinqiang yang suara penyanyinya tinggi dan penuh keghairahan, suara penyanyi opera Meihu ini lebih lembut dan halus. Alat muzik utama yang mengiringi opera ini termasuk Sanxian (Xian yang bertali tiga) dan Banhu.

Terdapat lebih daripada 100 buah cerita yang selalu dipersembahkan dalam opera ini.

Cerita moden yang dipersembahkan dalam opera Meihu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China