Layang-layang muncul pada zaman Musim Bunga dan Gugur. Kononnya, Mozi pernah menyelidik dan membuat burung kayu selama tiga tahun. Burung yang dibuat dengan menggunakan kayu ini hanya berterbang sehari saja dan jatuh. Burung kayu yang dibuat oleh Mozi ini sudah bersejarah lebih 2400 tahun dan merupakan layang-layang terawal di dunia. Seiring dengan perkembangan industri pembuatan kerata di China, rakyat mula menggunakan kerta dan buluh untuk membuat layang-layang, melayangkan layang-layang menjadi aktivit yang sangat digemari dalam kalangan rakyat. Pada abad ke-13, Marco Polo dari Itali kembali ke Eropah dari China dan membawa layang-layang ke Barat, aktiviti ini mulai diperkenalkan ke Barat dan menjadi popular di seluruh dunia.