Cari:
Pandangan Anda Tentang "Perbualan Melalui Internet"
2011-03-07 10:24:04 CRI Cetak

Sama ada "Facebook" ataupun "Twitter", "Yahoo Massenger" ataupun "MSN", semakin hari kita semakin bergantung kepada internet untuk berinteraksi dengan orang lain. Ada antara kita yang lebih suka berbual-bual melalui internet walaupun dengan orang yang sepejabat. Adakah ini menandakan kemajuan interaksi antara manusia pada zaman moden ini? Apakah pandangan anda dalam hal ini? Sila jawab soalan-soalan yang berikut.

Soalan 1:

Adakah saudara lebih suka berbual-bual secara bersemuka atau melalui internet? Apakah sebabnya?

Soalan 2:

Apakah tujuan saudara berbual-bual melalui internet? Sekadar mengisi masa lapang? Berbincang perkara-perkara yang penting? Ataupun ada sebab-sebab lain?

Solan 3:

Berdasarkan pengalaman sendiri atau orang lain, bolehkah berkongsi sedikit kebaikan atau keburukan berbual-bual melalui internet?

Mereka yang jawapannya disiarkan dalam "Ruangan Salam" akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda kepada kami sebelum 13 Mac.

Sekian, terima kasih

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China