Cari:
Komen daripada Encik Mohd Fikri Bin Sofi, Selangor
2011-02-19 11:42:02 CRI Cetak
Kepada Bahagian Bahasa Melayu,

Radio Antarabangsa China.

Soalan 1: Sekiranya saudara masih bujang, apakah kaedah saudara akan ambil untuk mencari jodoh. Melalui laman web? Rancangan TV? Atau berjumpa dengan orang yang diperkenalkan oleh sahabat atau saudara mara? Apakah sebabnya?

Saya memilih untuk mencari jodoh melalui laman web. Ini kerana perkenalan boleh dilakukan secara rapi, asas maklumat berkenaan pasangan didapati, seterusnya perancangan untuk temujanji boleh dilaksanakan. Dalam erti kata yang lain, pengenalan di laman web akan membawa kepada pertemuan secara nyata dan perbincangan menuju perkahwinan.

Soalan 2: Yang manakah saudara paling pentingkan semasa mencari jodoh, pendapatan, latar belakang keluarga, taraf pendidikan, umur, paras rupa atau hati budi?

Saya pentingkan paras rupa, umur dan taraf pendidikan dalam pemilihan jodoh.

Soalan 3: Apakah pendapat anda mengenai perkahwinan atau percintaan transnasional?

Perkahwinan atau percintaan transnasional adalah suatu perkara yang unik. Perbezaan adat, latar belakang, budaya, bahasa dan banyak lagi akan menjadikan ianya lebih menarik untuk menempuh kehidupan masa depan. Tambahan pula, perkahwinan campuran yang terjadi akan menghasilkan baka atau genetik yang menarik dua negara berbeza.

Mohd Fikri Bin Sofi
Kajang, Selangor Darul Ehsan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China