Cari:
Komen daripada Azimah binti Abdul Ghani, Kedah
2011-02-20 11:48:58 CRI Cetak
salam sejahtera...berikut adalah jawapan saya...hanya pandangan sahaja...

Soalan 1: Sekiranya saudara masih bujang, apakah kaedah saudara akan ambil untuk mencari jodoh. Melalui laman web? Rancangan TV? Atau berjumpa dengan orang yang diperkenalkan oleh sahabat atau saudara mara? Apakah sebabnya?

Jika saya seorang bujang...Saya lebih suka jika kedua orang tua saya yang menentukan jodoh untuk saya...Hal demikian kerana,pada pandangan saya,kedua ibu bapa kita mesti mahukan jodoh yang terbaik untuk diri kita.Oleh itu,mereka pasti akan mencari pasangan yang benar2 sesuai untuk diri kita. Tidak ada ibu bapa di dunia ini yang mahu rumah tangga anak2nya runtuh di pertengahan jalan.Justeru itu,sudah tentu saya akan menerima pasangan pilihan ibu bapa saya.

Soalan 2: Yang manakah saudara paling pentingkan semasa mencari jodoh, pendapatan, latar belakang keluarga, taraf pendidikan, umur, paras rupa atau hati budi?

Yang paling utama adalah budi bahasa.Saya suka pasangan yang sopan,hormat kepada orang tua dan menyayangi kanak2..Rupa paras sama sekali tidak penting bagi saya..Kerana,jika dia sudah ditakdirkan untuk hodoh,mengapa kita harus menyalahkan takdir.???...selain itu,saya juga tidak mengambil berat hal pendidikan..Mungkin latar belakang keluarga yang tidak mampu menanggung kos pendidikan menyebabkan dia tercicir di dalam pelajaran..Yang paling penting,dia perlulah seorang yang rajin bekerja...Bersesuain dengan pepatah melayu,di mana ada kemahuan,di situ ada jalan...Walaupun tidak berpendidikan tinggi,jika rajin bekerja pasti akan berjaya kelak...Konklusinya,ciri2 yang palinh penting bagi saya ialah baik hati budi.

Soalan 3: Apakah pendapat anda mengenai perkahwinan atau percintaan transnasional?

Pada pendapat saya,perkahwinan transnasional atau antarabangsa adalah unik dan menarik.Hal ini akan mengembangkan zuriat dan perpaduan...Antara manfaatnya ialah anak tersebut boleh menguasai banyak bahasa.Serta dapat mempelajari pelbagai budaya.

Sekian jawapan saya..

Azimah binti Abdul Ghani 
Kedah, Malaysia

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China