Cari:
Komen daripada Nor Azam Mat Noor, Kedah
2011-02-21 12:12:56 CRI Cetak
Salam dari saya,

Soalan 1: Sekiranya saudara masih bujang, apakah kaedah saudara akan ambil untuk mencari jodoh. Melalui laman web? Rancangan TV? Atau berjumpa dengan orang yang diperkenalkan oleh sahabat atau saudara mara? Apakah sebabnya?

Ya saya masih lagi bujang. Kaedah untuk mencari jodoh adalah dengan berkenalan tidak kira sama ada melalui apa-apa jua medium kerana jika ada nasib yang baik dari mana-mana salah satu medium yang digunakan, itu bermaksud ia adalah berkesan untuk saya.

Soalan 2: Yang manakah saudara paling pentingkan semasa mencari jodoh, pendapatan, latar belakang keluarga, taraf pendidikan, umur, paras rupa atau hati budi?

Saya pentingkan moralnya. Jika ia kuat beragama itu adalah sangat baik kerana ia tahu menjaga diri menurut tuntutan agama. Bagi saya taraf pendidikan tidak begitu penting asalkan ia mempunyai asas-asas pendidikan yang mencukupi. Umur sangat penting jika ingin mempunyai anak kerana seseorang wanita yang berumur lebih 30 tahun, kebarangkalian untuk mendapat anak adalah kurang. Pendapatan bakal isteri terpulang kepada bakal suami. Jika dia suka perempuan yang berpendapatan tinggi, itu terpulang kepada dia tetapi adalah sukar untuk memperolehi seorang isteri yang berpendapatan tinggi yang mudah menerima lelaki yang berpendapatan rendah. Latar belakang keluarga yang baik sangat-sangatlah dituntut. Paras rupa dan hati budi adalah aset yang sangat diingini oleh lelaki.

Soalan 3: Apakah pendapat anda mengenai perkahwinan atau percintaan transnasional?

Saya sangat suka perkahwinan sesama kaum yang berbeza kerana akan mewujudkan ikatan yang menjangkaui sempadan budaya dan bahasa. Saya suka jika saya mendapat seorang jodoh dari bangsa Cina dan jika bernasib baik yang pandai berniaga.

Nor Azam Mat Noor,
Kedah, Malaysia

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China