Cari:
Komen daripada Puan Zaleha Amar, Pahang
2011-02-24 12:17:20 CRI Cetak

Soalan 1: Sekiranya saudara masih bujang, apakah kaedah saudara akan ambil untuk mencari jodoh. Melalui laman web? Rancangan TV? Atau berjumpa dengan orang yang diperkenalkan oleh sahabat atau saudara mara? Apakah sebabnya?

Jawapan: Berjumpa dengan orang yang diperkenalkan oleh sahabat atau saudara mara kerana calon jodoh telah kenal keluarga, bermakna dia memang ada niat untuk mencari jodoh, maka dia lebih mudah dipercayai. Berbanding dengan perkenalan melalui laman web atau tv, calon jodoh mungkin berniat sekadar untuk suka-suka sahaja.

Soalan 2: Yang manakah saudara paling pentingkan semasa mencari jodoh, pendapatan, latar belakang keluarga, taraf pendidikan, umur, paras rupa atau hati budi?

Jawapan: Semua tersebut adalah penting, tetapi hatibudi, taraf pendidikan dan latarbelakang keluarga adalah lebih penting kerana tiga perkara tersebut yang akan banyak mempengaruhi cara hidup atau sudut pandang seseorang itu terhadap kehidupan yang singkat ini. Pepatah Melayu ada sebut 'Biar miskin harta, jangan miskin budi bahasa' dan 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya' menunjukkan betapa pentingnya hatibudi dan pendidikan yang diasuh sejak kecil, yang mana asas kedua-dua itu tentulah bermula pada sebuah keluarga.

Pendidikan/pengalaman yang membentuk peribadi seseorang, mempengaruhi cara dia melayan diri dan orang lain, juga mempengaruhi pandangan orang lain terhadap dirinya.

Soalan 3: Apakah pendapat anda mengenai perkahwinan atau percintaan transnasional?

Jawapan: Perkahwinan atau percintaan transnasional? Kata orang "jauh berjalan, luas pandangan". Begitulah kehidupan, manusia diciptakan berbagai bangsa dan keturunan, haruslah saling mengenal agar wujud persefahaman. Mengapa mencari perbezaan sedang kita ada banyak persamaan. Cinta itu anugerah yang tidak ternilai dan kita berhak membuat pilihan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China