Kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap pembangunan ekonomi dan sosial yang seimbang, mewujudkan pembangunan ekonomi demi meningkatkan taraf hidup rakyat. Kerajaan mengutamakan kerja menawarkan peluang kerja kepada rakyat dalam usaha membangunkan sosioekonomi.
Kerjaan telah menyusun dan melaksanakan program pembaharuan dan pembangunan pendidikan jangka masa sederhaan dan panjang. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, perbelanjaan kerajaan dalam bidang pendidikan mencatat 4.45 trilion yuan RMB, meningkat 22.4% secara purata setiap tahun. Pendidikan wajib dilaksanakan di seluruh bandar dan desa, ini membolehkan semua kanak-kanak mampu bersekolah tanpa membayar yuran sekolah.
China mencapai kejayaan dalam mengatasi bencana alam yang serius seperti gempa bumi yang dahsyat di Wenchuan. Pembangunan semula pasca bencana di Wenchuan yang dijadualkan berlangsung selama tiga tahun telah selesai dalam tempoh dua tahun sahaja. Selain itu, pembangunan semula pasca bencana gempa bumi Yushu dan bencana tanah runtuh di Zhouqu pula sedang berjalan dengan teratur. Selepas mengalami bencana yang dahsyat itu, rakyat China menjadi lebih berani, kuat dan meyakinkan diri. Semangat bangsa China yang tidak takut pada kesukaran dan cabaran tidak dapat dikalahkan.
Pada lima tahun yang lalu, kerajaan terus membaharui sistem pentadbiran, pembinaan dalaman kerajaan mencapai kemajuan yang besar.
Pada lima tahun yang lalu, China berkembang dengan selangkah demi selangkah, rakyat China layak berasa bangga dengan kejayaan negara. Kejayaan yang dicapai dalam tempoh lima tahun lalu itu tidak mudah. Kejayaan itu merupakan hasil daripada pimpinan yang bijak Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang diketuai oleh Setiausaha Agung Hu Jintao serta usaha bersama rakyat pelbagai kamu.
Kerajaan China menyedari bahawa pembangunan negara masih tidak seimbang, tidak selaras dan tidak berterusan. Ini dapat dilihat daripada aspek berikut: sekatan sumber dan alam sekitar terhadap pembangunan ekonomi semakin besar, pelaburan tidak seimbang dengan perbelanjaan, jurang perbezaan pendapatan masih besar, daya inovasi dalam bidang sains dan teknologi kurang kuat, struktur perindustrian kurang rasinoal, asas pertanian masih lemah, pembangunan antara bandar dengan desa kurang seimbang, tekanan daripada pengangguran wujud bersama percanggahan berstruktur dalam beberapa perindustrian, masih terdapat sistem dan mekanisme yang menyekat pembangunan saitifik. Nisbah nilai tambahan sektor perkhidmatan dan pengambilan pekerja, serta nisbah perbelanjaan penyelidikan dan ujian dalam KDNK tidak mencapai matlamat yang ditetapkan dalam Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun Ke-11. Beberapa aspek yang berkait rapat dengan kepentingan dan kehidupan rakyat masih kurang memuaskan, seperti yang berikut: sumber sekolah dan hospital yang bermutu tinggi tidak mencukupi; tekanan kenaikan harga barangan yang semakin besar, harga rumah di beberapa bandar meningkat dengan kadar terlalu tinggi; masalah masyarakat akibat kegiatan pengambilan tanah secara haram; masalah yang melibatkan keselamatan makanan masih serius; dan gejala rasuah yang masih sering berlaku. Kerajaan akan mengambil sikap bertanggungjawab terhadap negara dan rakyat, mempercepat penyelesaian masalah tersebut untuk memuaskan rakyat.