Pertama, kerajaan mesti terus mengamalkan dasar pembangunan yang saintifik. China sedang dan akan terus berada pada peringkat awal dalam masyarkat sosialis untuk jangka masa yang panjang, maka kita perlu terus mengutamakan pembangunan ekonomi serta dengan teguh melaksanakan pembangunan yang saintifik. Kerajaan mesti mengutamakan keperluan rakyat, menjadikan usaha menjamin dan memperbaiki kehidupan rakyat sebagai titik tolak dan matlamat semua kerja, berusaha mewujudkan pembangunan dan kekayaan bersama, dan membolehkan semua rakyat dapat menikmati kejayaan pembangunan negara. Kerajaan mengambil berat terhadap pembangunan seimbang, menggalakkan pembangunan selaras antara bandar dan desa, pelbagai kawasan dan lapisan masyarakat. Kerajaan mempercepat perubahan kaedah pembangunan ekonomi, menggalakkan inovasi, menjimatkan sumber tenaga dan melindungi alam sekitar, berusaha menyelaraskan pembangunan sosioekonomi dengan pertumbuhan populasi, membangunkan negara secara menyeluruh, selaras dan berterusan.
Kedua, langkah kawalan kerajaan mesti dijalankan serentak dengan mekanisme pasaran. China perlu menyempurnakan mekanisme ekonomi pasaran sosialis, memaksimumkan peranan pasaran dalam pembahagian sumber, merangsang kedinamikan dalaman ekonomi. Pada masa yang sama, kerajaan menjalankan kawalan makro secara saintifik untuk menggalakkan pembangunan ekonomi yang stabil dan pesat dalam jangka masa yang panjang.
Ketiga, kerajaan mesti mempertimbangkan situasi dometik dan antarabangsa, mencari peluang pembangunan daripada perubahan situasi antarabangsa, mengatasi cabaran dan risiko dengan berkesan.
Keempat, kerajaan mesti menjadikan dasar pembaharuan dan pintu terbuka sebagai penggerak asas bagi pembangunan sosioekonomi. Kerajaan akan menggalakkan pembaharuan dengan lebih teguh dan berani, membatalkan sekatan dan halangan daripada sistem dan mekanieme yang sedia ada, membebaskan dan membangunkan produktiviti dengan sedapat mungkin, dan menggalakkan wujudnya keadilan masyarakat.