Soalan 1: Adakah saudara lebih suka berbual-bual secara bersemuka atau melalui internet? Apakah sebabnya?
Bagi saya, saya lebih suka berbual secara bersemuka, kerana dengan ini saya akan lebih mengenali antara satu sama lain. Lagipun, perbualan secara bersemuka tidak terbatas pada satu tempat, ia boleh berlaku dalam semua keadaan (melancong, bank, atas kapal dsb) walaupun ketiadaan talian internet.
Soalan 2: Apakah tujuan saudara berbual-bual melalui internet? Sekadar mengisi masa lapang? Berbincang perkara-perkara yang penting? Ataupun ada sebab-sebab lain?
Berbual melalui internet biasanya berlaku apabila saya berada jauh dengan mereka yang ingin dihubungi. Ini kerana, melalui teknologi masa kini, kita sudah boleh berbual melalui internet dengan menyaksikan persekitaran orang yang dihubungi walaupun berada beribu kilometer.
Soalan 3: Berdasarkan pengalaman sendiri atau orang lain, bolehkah berkongsi sedikit kebaikan atau keburukan berbual-bual melalui internet?
Seperti yang kita ketahui perbualan melalui internet memudahkan perhubungan jarak jauh. ini mengeratkan hubungan anak dan ibu, suami dan isteri yang berpisah kerana urusan tertentu. Walaubagaimanapun, penggunaan internet sering disalahgunakan. sebagimana yang berlaku ke atas kawan saya yang mana ia dihubungi melalui internet untuk mengemaskini akaun banknya. akhirnya duitnya hilang apabila kemaskini selesai. kadangkala penyebaran fitnah dan maklumat palsu juga boleh berlaku melalui internet. Sebagai pengguna, walaupun penggunaan internet ini begitu mudah, kita mestilah berhati-hati dengan setiap maklumat yang di sebarkan.
Sekian Muhammad Syukri Abd Rahaman
313, builing 4 zheda road 38,
Zhejiang university, 310028
Hangzhou Yuquan, Zhejiang, China