Cari:
Penglibatan Media dalam Sidang Tahun NPC Amat Dihargai
2011-03-12 15:06:46 CRI Cetak

18 sidang akhbar yang diadakan oleh beberapa kementerian dan kerajaan tempatan antara agenda yang menarik perhatian ramai dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China(NPC). Sidang akhbar tersebut dianggap peluang baik untuk melakukan interaksi antara kerajaan dan rakyat, terutamanya memaklumkan masyarakat awam mengenai usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan pada tahun lalu dan matlamat baru bagi tahun ini. Ia berfokus kepada beberapa isu penting dalam pentadbiran negara termasuk dasar kewangan, aktiviti perdagangan, usaha diplomatik, pengambilan pekerja, pembaharuan terhadap sistem perubatan dan perlindungan alam sekitar. Dalam konteks ini, pihak media memainkan peranan yang tidak boleh diabaikan dalam menyiarkan berita dan maklumat yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam sidang tahunan NPC. Wartawan yang membuat laporan terhadap sidang tersebut mencatat 3,000 orang, ini termasuk 1,200 orang wartawan asing.

Penglibatan media ini dianggap memberikan sumbangan yang penting dalam membantu interaksi antara kerajaan dengan rakyat, dan menjalankan pemantauan terhadap kerajaan.

Begitu ramai wartawan asing yang dijemput membuat liputan terhadap sidang tahunan NPC dan CPPCC juga memperlihatkan hasrat China untuk memperkenalkan keadaan China yang sebenar kepada dunia luar. Di samping itu, pihak penganjur kedua-dua sidang itu telah memberikan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang amat baik kepada pemberita. Ini termasuk perkhidmatan internet, telekomunikasi, makan minum, malah penginapan hotel.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China