Lebih 100 tahun yang lalu, sekumpulan arkitek Perancis datang ke Dalian, kerana ingin membina "Paris Timur" di bandar ini. Pada masa sekarang, Dalian masih mempunyai deretan bangunan dan jalan yang dibina pada waktu itu.
Selain itu, bangunan dengan seni bina Rusia dan Jepun juga boleh didapati di merata sudut bandar ini. Ini ada kaitan rapat dengan sejarah bandar Dalian yang pernah jatuh ke tangan penjajah asing.