Cari:
Ceramah Hubungan Diplomatik Malaysia-China Oleh TYT Duta Besar Malaysia di China
2012-12-24 18:34:40 CRI Cetak

 Tahun 2014 genap 40 tahun terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia-China. Hubungan yang begitu signifikan bagi kedua-dua negara ini akan disambut oleh pihak Pusat Pengajian Melayu, Beijing Foreign Studies University (BFSU) pada tahun 2014 nanti dengan bakal menganjurkan satu Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu secara besar-besaran. Ini akan dapat mengupas peranan dan sumbangan Pengajian Melayu secara global dalam konteks hubungan diplomatik kedua-dua negara ini. Namun, sebelum persidangan itu dapat direalisasikan, pihak kedutaan dengan kerjasama Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China telah bersetuju untuk menganjurkan satu ceramah oleh pihak Duta Besar Malaysia ke China. Justeru, pada 4 Jun 2012, TYT Datuk Iskandar bin Sarudin telah mengadakan satu ceramah bertajuk Sejarah Hubungan Diplomatik Malaysia-China. Ceramah ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar dan pensyarah tentang sejarah panjang hubungan diplomatik antara negara Malaysia dan China. Majlis seumpama ini diharap akan dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman luas TYT dalam bidang hubungan diplomatik. Lebih-lebih lagi dalam situasi semasa yang berlaku di Laut China Selatan sekarang ini, yang memerlukan satu pemahaman yang telus tentang sejarah hubungan diplomatik kedua-dua negara ini.

Justeru, ceramah ini sangat tepat pada masanya untuk memberikan maklumat yang berguna kepada para pelajar dan pensyarah jurusan Bahasa Melayu di negara ini. Ceramah yang diadakan di Dewan Besar Kedutaan Malaysia di Beijing ini telah dihadiri oleh kira-kira 60 orang tetamu. Tetamu yang hadir termasuk pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar dari Jurusan Bahasa Melayu, Universiti Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU), Universiti Komunikasi China (CUC) dan mahasiswa-mahasiswi Malaysia yang sedang belajar bahasa Mandarin di BFSU.

Majlis ini bermula kira-kira pada pukul 7 malam. Sebaik sampai di Kedutaan Besar Malaysia, para tetamu telah disajikan dengan jamuan berbagai lauk masakan Melayu yang begitu enak dan lazat. Turut dihidangkan adalah roti canai dan teh tarik. Para tetamu menikmati jamuan yang disediakan dengan begitu gembira sekali.

Selesai jamuan, Juruacara Majlis iaitu Cik Noriah (pelajar Tahun Akhir Jurusan Bahasa Melayu BFSU), telah mempersilakan YBhg Prof. Dr. Mohd. Taib Hj Dora, Penyandang Kursi Pengajian Melayu di China untuk menyampaikan ucapan aluan. YBhg Prof. Wu Zongyu, Pengarah Pusat Pengajian Melayu China juga telah dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata. Kedua-dua pembicara ini telah berucap dengan begitu baik sekali.

Seterusnya, acara yang dinanti-nantikan, iaitu sesi oleh TYT Datuk Iskandar bin Sarudin yang menyampaikan ceramah penting berkisar pada hubungan diplomatik Malaysia-China. Beliau telah membicarakan sejarah persahabatan tradisional antara kedua-dua negara ini yang sudah dijalinkan sejak abad ke-15, dan juga menelusuri sejarah perkembangan hubungan Malaysia-China selepas Perang Dunia ke-2. Dalam ceramahnya, TYT turut menyentuh latar belakang dan perspektif mengenai hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, khususnya bagi memberi kesedaran kepada generasi muda.

1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China