Cari:
Mengenal Diri di Sebalik Temobk Besar China
2013-03-15 15:06:50 CRI Cetak

Pelajar Malaysia Jurusan Bahasa Mandarin di Beijing Foreign Studies Universiti (BFSU) masakini berjumlah seramai 208 orang. Mereka merupakan pelajar tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia, MARA dan juga persendirian. Kebanyakan mereka tinggal dalam kampus sebelah Barat di satu bangunan khas dikenali sebagai Liu Hou Lou. Sebahagian kecil lagi tinggal di bangunan bersebelahan yang dipanggil Bai Lou. Para pelajar Malaysia yang terdiri daripada kalangan pelajar lelaki dan perempuan hidup dalam suasana rukun damai dan tekun mengikuti pelajaran masing-masing. Saban hari kedengaran suara riuh rendah mereka di bangunan tersebut seolah-olah macam berada di Malaysia. Mereka berbasikal dan ramai yang hanya berjalan kaki ke fakulti Bahasa Mandarin pada setiap hari. Mereka gigih mengharungi kehidupan sebagai pelajar dengan penuh ketabahan dan kejituan semangat untuk berjaya. Inilah anak-anak bangsa harapan negara yang bakal memikul amanah serta tanggungjawab untuk memacu kemajuan negara pada masa hadapan.

Semangat kekeluargaan dipamerkan oleh para pelajar Malaysia bukan setakat dalam soal menuntut ilmu, malahan juga dalam saling bergandingan mencari pengalaman hidup di negara Tembok Besar ini. Pada saban cuti semester atau cuti panjang, mereka akan keluar kampus menikmati keindahan alam dan mempelajari selok belok kehidupan masyarakat tempatan. Mereka sering mengadakan khidmat masyarakat, gotong royong, khemah ibadah dan tinggal bersama keluarga angkat masing-masing (home stay). Ini secara tidak langsung dapat mengikat tali silaturrahim dan muhibah dengan masyarakat tempatan khususnya komuniti Islam. Mereka mempelajari dan mempraktikkan Bahasa Mandarin yang dipelajari secara hand on. Program seumpama ini akan dapat meningkatkan lagi penguasaan bahasa Mandarin mereka secara lebih efektif dan lancer. Di samping itu mendekatkan diri dengan masyarakat Cina Muslim luar bandar yang sentiada dahagakan maklumat tentang Malaysia. Pengalaman ini juga amat besar ertinya dalam usaha menimba ilmu di negara orang. Bukan calang-calang usaha ini kerana meskipun para pelajar ini hidup dalam keadaan selesa dengan tanggungan kerajaan dan pihak MARA yang mencukupi, namun masih mahu menabur bakti pada masyarakat asing yang belum dikenali hati budinya. Mereka sanggup meredah ke kawasan pendalaman, jauh dari hiruk pikuk kota, jauh dari kesenangan makan minum dan sebagainya. Semata-mata ingin mencari seuntas pengalaman sebagai bekalan dan kenangan. Pengalaman bersama masyarakat Cina luar bandar ini turut membentuk keperibadian mereka. Bak kata pepatah, `hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri'. Masakan sama indahnya negara orang dengan negara sendiri. Walaupun negara sendiri hanya `hujan batu', namun nilai estetika tiada tandingannya. Justeru, pengalaman `hujan emas' di negara orang ini merupakan langkah bijak bagi `menghujani emas' di negara sendiri.

1 2 3 4 5
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China