Cari:
Yingluck Hadapi Krisis Politik Paling Serius
2013-12-12 10:30:27 CRI Cetak

Dewan Perwakilan Thailand telah meluluskan rang undang-undang pengampunan yang diusulkan oleh parti pemerintah, Parti Pheu Thai pada 1 November lalu. Rang undang-undang pengampunan tersebut yang dipercayai akan membuka laluan bagi kepulangan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra ke Thailand telah mencetuskan tunjuk perasaan puak pembangkang di Bangkok. Pemimpin perhimpunan antikerajaan, Suthep Thuagsuban menuntut penubuhan "Majlis Rakyat" dan pelantikan Perdana Menteri baharu untuk mengetuai kerajaan sementara pada 3 Disember lalu. Pada 9 Disember lalu, Yingluck Shinawatra telah mengumumkan pembubaran Dewan Perwakilan Thailand. Pilihan Raya Dewan Perwakilan penggal baharu bakal diadakan pada 2 Februari 2014.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China