Cari:
Asimilasi Budaya terhadap Permakaman Orang Islam China
2014-02-11 14:53:19 CRI Cetak

Melihat kepada bentuk perkuburan dan batu nisan komuniti Islam Bandar Che Feng tadi, jelas menunjukkan terdapatnya proses asimilasi budaya Cina ke dalam masyarakat Islam di China. Proses asimilasi ini telah berjalan sejak sekian lama melalui perkahwinan campur dan pergaulan dalam masyarakat Cina yang lebih luas. Ini kerana masyarakat Islam merupakan kelompok minoriti yang berasal dari Asia Barat atau Asia Tengah yang telah berhijrah melalui perdagangan dan tawanan perang, dan kemudiannya berkahwin dengan rakyat tempatan. Jadi, sedikit sebanyak budaya asal mereka telah terhakis atau disesuaikan dengan budaya bangsa Cina yang lebih dominan terutamanya dari segi bahasa, pakaian, makanan dan adat resam kehidupan yang lain. Malahan termasuklah juga menerima pengaruh Cina ini dalam aspek keagamaan khususnya perkuburan dan batu nisan sebagaimana yang diterangkan tadi. Pada mereka (masyarakat Islam), selagi unsur-unsur asimilasi itu tidak bertentangan dengan aqidah mereka sebagai umat Islam, ianya boleh diterimapakai. Namun, sekiranya perkara-perkara tersebut jelas bertentangan dan menjadi hukum kepada orang-orang Islam seperti soal makanan dan minuman, soal sembahyang, puasa dan sebagainya; ianya tidak akan diterima dan dipertahankan oleh umat Islam China.

Bertitik tolak daripada pengamatan pengkaji, terdapatnya pengaruh budaya Cina dalam rekabentuk makam dan batu nisan umat Islam China. Ianya bukan hanya berdasarkan pengamatan kuburan atau batu nisan orang-orang Islam di Bandar Che Feng sahaja, malahan juga berdasarkan pengamatan pengkaji di kawasan-kawasan lain di China. Bentuk-bentuk makam atau perkuburan Islam China mirip batu nisan atau perkuburan orang-orang Cina (bukan Islam), yang juga dikenali sebagai Jirat Cina. Misalnya, sepertimana gambar di bawah merupakan makam atau perkuburan orang-orang Islam di Guangzhou, China.

Gambaran batu nisan di permakaman (perkuburan) kuno orang-orang Islam di sekitar Masjid Abu Waqqas, Guangzhou

1 2 3 4 5 6 7 8 9
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China