Cari:
Pengalaman Menarik Menaiki Kereta Api Laju
2015-06-12 09:22:56 CRI Cetak

Oleh Nazmi Yaakub,  Pengarang Sastera dan Budaya Berita Harian

Perjalanan dari Beijing ke Xi'an memberikan pengalaman tersendiri kepada saya apatah lagi selama ini hanya "menikmati" pengalaman menaiki keretapi laju melalui pembacaan saja.

Pengalaman yang menarik ini bermula seawal tiba di Stesen Keretapi Beijing Barat apabila kenderaan yang membawa saya dan wakil media dari Malaysia berhenti di tepi landasan keretapi secara literal.

Bangunan Stesen Keretapi Beijing Barat juga memiliki infrastruktur yang lengkap, termasuk menyediakan ruang menunggu khas untuk kaum ibu bersama anak mereka yang berasingan.

Kewujudan kedai buku yang agak kecil tetapi dalam bilangan yang banyak juga menimbulkan suasana mesra pembacaan meskipun tidak banyak bahan bacaan yang dapat dibelek dan dibeli oleh pengguna dari kalangan warga asing.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada stesen berkenaan menyediakan pamflet atau buku kecil yang dapat digunakan oleh pengguna untuk membaca sejarah, peta dan panduan pelancongan khususnya destinasi yang dituju oleh pengguna.

Perjalanan dari Beijing ke Xi'an lancar dan selesa dengan keretapi meluncur laju sehingga 305 kilometer sejam melalui tanah delta yang mengisi tanah pertanian negara Tembok Besar ini.

Namun agak sukar untuk mendapatkan tempat duduk di dalam gerabak kafe yang dapat dimanfaatkan untuk menikmati perjalanan sambil mencicip kopi atau teh. Cuma, saya sempat 'mencuri' peluang apabila keretapi berhenti di stesen kedua terakhir untuk melihat pemandangan alam, ranah pertanian, kota kecil dan desa terpencil dengan sesekali keretapi menyusup ke dalam terowong yang merentas perbukitan sambil mencicip kopi; asyik sekali.

Teman perbualan dari Radio Antarabangsa China (CRI) juga sangat mesra dan memberikan banyak maklumat yang berguna khususnya mengenai sosio-ekonomi dan sosio-budaya serta gaya pembacaan masyarakat China sekurang-kurangnya daripada sisi generasi baharu.

Pembualan itu menjadikan masa perjalanan lebih pendek sehinggalah keretapi laju seolah-olah sampai lebih pantas ke Stesen Keretapi Xi'anbei yang moden.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China