Cari:
Ekspo China-ASEAN Ke-7 Tambah Pameran Perdagangan Perkhidmatan
2010-09-29 11:23:46 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN ke-7 yang diadakan di Nanning pada 20 hingga 24 Oktober ini akan menyediakan ruang pameran perdagangan perkhidmatan seluas 1,350 meter persegi bagi bidang kewangan, logistik dan pendidikan. Pameran tersebut menjadi wadah bagi perdagangan perkhidmatan yang saling menguntungkan antara kedua-dua pihak.

Beberapa tahun kebelakangan ini, perdagangan perkhidmatan antara China dengan ASEAN berkembang pesat dan menjadi enjin pertumbuhan yang baru dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua pihak. ASEAN telah menjadi pasaran eksport yang penting bagi sektor perdagangan perkhidmatan China. Pada masa yang sama, ASEAN meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang perkapalan, perkhidmatan kewangan dan pembinaan projek. ASEAN juga menjadi negara pengeksport perdagangan perkhidmatan yang penting bagi China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China