Cari:
Ekspo China-ASEAN Platform Galakkan Rangkaian Perdagangan China-ASEAN
2010-10-19 11:47:01 CRI Cetak

Menurut Bernama Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengenal pasti Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) sebagai platform untuk mempromosi Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (CAFTA) serta mempertingkatkan perdagangan dua hala, pelaburan dna pelancongan.

Kementerian itu menyatakan dalam satu kenyataan semalam bahawa CAEXPO merupakan ruang untuk menjalin hubungan rantaian sesama ASEAN dan Syarikat China, khususnya perusahaan kecil dan sederhana.

Timbalan Menteri MITI Datuk Jacob Dungau Sagan mengetuai delegasi Malaysia ke CAEXPO ke-7 yang dirasmikan di Nanning, China hari ini. Delegasi yang terdiri daripada 101 syarikat di Malaysia ini, akan mempromosi produk berkaitan sektor masing-masing, seperti makanan dan minuman, kesihatan dan kesejahteraan, perabot, automotif dan perkhidmatan, termasuk logistik, perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi, hartanah, pendidikan dan latihan.

Bagi CAEXPO ke-8 pada 2011, Malaysia dipilih sebagai "negara yang diberi penghargaan" untuk mengetengahkan program-program khusus pada ekspo itu.

Pada tahun 2009, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dengan jumlah dagangan sebanyak RM127.9 bilion atau 13% daripada jumlah dagangan dunia Malaysia. Demikian dinyatakan oleh kementerian tersebut. Bagi lapan bulan pertama tahun ini, dagangan Malaysia dengan China berjumlah RM 97.98 bilion, dengan eksportnya berjumlah RM 53.72 bilion.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China