Cari:
Pameran Barang Import-Eksport China Malaysia ke-7 Dibuka
2010-12-17 14:03:17 CRI Cetak

Pameran Barang Dagangan Import-Eksport China Malaysia Ke-7 dan rundingan pelaburan telah dimulakan di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia semalam. Pameran ini mencipta rekod baru dalam jumlah gerai dan jumlah syarikat yang menyertainya.

589 buah gerai pameran dalam ruangan pameran itu telah ditempat oleh 411 buah syarikat dari Tanah Besar China dan lebih daripada 60 buah syarikat dari Malaysia, Indonesia dan Republik Korea. Barangan yang dipamerkan di sana termasuk barang elektronik, mesin, produk kegunaan rumah, barang hiasan, makanan dan minuman. Selain pameran, pelbagai rundingan perdagangan dan taklimat promosi pelaburan bagi bandar-bandar di China juga akan diadakan sepanjang tempoh pameran ini. Pameran ini akan berakhir pada 19 Disember.

Pameran Barang Dagangan Import-Eksport China ini dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan China dan Pusat Perdagangan Dengan Luar China bermula pada tahun 2004. Dalam tempoh Pameran Barang Dagangan Import-Eksport China Ke-6 pada tahun 2009 lalu, nilai perdagangan yang telah dijanjikan dalam kontrak mencatat angka lebih daripada 80 juta dolar Amerika.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China