Cari:
Yunnan, China Mainkan Peranan sebagai "Pangkalan Terdepan" bagi Galalkkan Perdagangan dengan ASEAN
2011-02-17 14:36:23 CRI Cetak

Perdagangan antara Provinsi Yunnan, China dengan negara-negara ASEAN kini meningkat dengan pesat, khususnya selepas penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) pada awal tahun 2010. Jumlah perdagangan antara Yunnan dengan ASEAN mencecah 4.5 bilion dolar Amerika pada tahun 2010, meningkat 45% berbanding dengan tahun 2009. Angka in lebih tinggi daripada kadar peningkatan perdagangan dua hala China-ASEAN, iaitu 37.5% pada tahun lalu. Yunnan yang mempunyai kelebihan dari segi lokasinya memainkan peranan yang proaktif sebagai "pangkalan terdepan" bagi menggalakkan kerjasama China-ASEAN.

Provinsi Yunnan berjiran dengan tiga buah negara ASEAN, iaitu Myanmar, Laos dan Vietnam dengan garis sempadan sepanjang 4,061 kilometer, malah mempunyai persamaan dari segi kebudayaan dan adat resam. Ketua Bahagian Perdagangan dengan ASEAN Jabatan Perdagangan Yunnan, Puan Wang Qingmei berkata: "Yunnan antara provinsi China yang besar jumlah perdagangan dengan ASEAN. Di samping itu, ASEAN merupakan pasaran eksport yang terbesar bagi Yunnan. Dalam interaksi dengan ASEAN, Yunnan mempunyai kelebihan yang istimewa dalam pengangkutan darat. Kelebihan ini kini menjadi lebih ketara dengan kemudahan infaktruktur yang semakin sempurna dan perdagangan serantau yang semakin rancak."

Menurut cadangan yang dikemukakan oleh Presiden China, Hu Jintao pada tahun 2009, strategi pembangunan Yunnan menyasarkan provinsi itu menjadi "pangkalan terdepan" yang terbuka kepada negara-negara yang berhampiran dengannya di barat daya. Strategi ini sekali gus menyediakan peluang kepada Yunnan untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan ASEAN. Puan Wang Qingmei berkata, Yunan akan memainkan peranan sepenuhnya sebagai "laluan antarabangsa" yang menghubungkan beberapa buah negara di rantau ini. Kata beliau: "'Laluan antarabangsa' ini melibatkan beberapa projek yang besar seperti pembinaan paip saluran petroleum China-Myanmar, landasan kereta api dan pelabuhan. Laluan yang sedang dibentuk ini membantu menghubungkan provinsi-provinsi lain China dengan dunia luar, sekali gus merancakkan kerjasama dan interaksi antara satu sama lain."

Sekarang, Yunnan diharapkan menjadi pangkalan industri yang dapat menarik pelaburan syarikat di kawasan timur China, dan juga pangkalan industri pembuatan yang produknya menyasarkan pasaran Asia Selatan dan Asia Tenggara. Puan Wang Qingmei berkata: "Terdapat berapa industri yang dikatakan tongkak kepada perkembangan Yunan. Ini termasuk, perlombongan logam bukan ferus, industri kimia fosforus, biologi, sektor sumber tenaga, pelancongan, dan kebudayaan. Dengan struktur industri yang bersifat kemprehensif ini, Yunnan boleh memainkan peranan yang besar untuk mewujudkan pasaran serantau yang konsisten dan mendorong proses integrasi ekonomi serantau."

Menurut Puan Wang bahawa merancakkan pengimportan dari negara ASEAN dan interaksi antara satu sama lain merupakan usaha paling penting bagi Yunnan pada tahun 2011. Di samping itu, beliau melihat baik prospek Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN dan hubungan perdagangan antara Yunnan dengan ASEAN. Kata beliau: "Yunnan memberikan peruntukan yang amat besar kepada pembinaan pintu keluar-masuk pada beberapa tahun yang lalu. Pintu keluar-masuk ini akan memainkan peranan dalam proses penubuhan kawasan perdagangan bebas. Kemudahan pengangkutan darat yang semakin sempurna juga membolehkan Yunnan memainkan peranan yang lebih penting dalam CAFTA. Oleh itu, pembangunan Yunnan ini juga memberi keuntungan kepada provinsi-provinsi yang berdekatan serta negara yang berjiran."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China